Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

67cdc6e9e2d871e87759839033d12808

69 Results / Page 8 of 8

Buletin

Ajal dihempap pokok sawit | Harian Metro

Manjung: Lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok sawit ketika menunggang motosikal di Kampung Bakar Bata, Ayer Tawar, di sini, hari ini. Mangsa, Mohd Saleh Mat Ali, 69, maut di lokasi kejadian. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.25 pagi. Menurutnya, susulan itu sepasukan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi untuk tindakan […]

today25 November 2020

Buletin

‘Syukur Allah masih beri peluang bernafas’ – M Daud Kilau

Teluk Intan: "Saya ingat saya sudah 'tiada' lagi ketika sesak nafas semalam, rasa macam sudah hujung nafas tetapi Alhamdulillah, Allah SWT masih beri peluang saya bernafas," kata Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82. Penyanyi lagu hit Sirih Pinang, M Daud Kilau atau Muhammad Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) dekat sini, semalam selepas mengadu sesak nafas sejak kelmarin. Difahamkan, penyanyi yang turut terkenal dengan lagu 'Cek […]

today13 November 2020

Buletin

M Daud Kilau mengadu sesak nafas, masuk hospital

Teluk Intan: Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, hari ini selepas mengadu sesak nafas. Anaknya, Ahmad Zaini Mohd Daud, 49, berkata, bapanya mengadu sesak nafas sejak semalam dan sudah dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk mendapatkan rawatan. "Saya bawa ayah ke klinik dan keadaannya nampak beransur pulih, namun pagi tadi dia sesak nafas semula dan tercungap-cungap. "Kami segera membawanya […]

today12 November 2020

Buletin

Kes pukul: Suami isteri ditahan

Teluk Intan: Polis menahan seorang lelaki dan dua remaja perempuan tempatan dipercayai terbabit dalam kejadian pukul seorang wanita yang tular di media sosial, hari ini. Pasangan suami isteri berusia 22 dan 19 tahun itu ditahan bersama seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, mereka yang ditahan dipercayai terbabit dalam kes pukul seorang wanita tempatan di sebuah rumah […]

today8 November 2020

Buletin

Warga emas dikhuatiri lemas di kunci air

Teluk Intan: Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kawasan kunci air Parit 12 di sini, hari ini. Mangsa, Woo Poh Meng, 69, didapati hilang di kawasan itu selepas beberapa barang peribadinya ditemukan di lokasi berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan Ismail Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan mengenainya pada 7.33 malam sebelum sepasukan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi. "Sebaik tiba, kami dimaklumkan oleh pihak polis […]

today26 October 2020

Buletin

Nak lari daripada polis tapi terbabas [METROTV]

Lumut: Lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pagar sebuah rumah ketika cuba melarikan diri daripada polis dalam kejadian di Kilometer 6 Jalan Lumut di Teluk Muroh di sini, semalam. Ketika kejadian lelaki berusia 37 tahun yang menunggang motosikal Yamaha 125Z itu tidak berhenti sebaliknya memecut motosikalnya selepas menyedari diekori anggota polis pada 5 petang. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki itu ditahan dalam... […]

today4 October 2020

No more entries