Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

67ea1da897b74c65f41a4925b58559b6

13 Results / Page 1 of 2

Buletin

Terjun sungai lari dari serbuan polis

Kluang: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Sembrong Kecil ketika cuba melarikan daripada serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, 4.50 petang semalam. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai yang berusia 32 tahun , didapati hilang selepas terjun ke dalam sungai berkenaan bersama empat lagi lelaki lain. Katanya, sebelum itu, satu serbuan dilakukan […]

today23 January 2021

Buletin

Kelab bowling bantu mangsa banjir

Kluang: Simpati dengan nasib mangsa banjir di bandar ini, sebuah kelab bowling tampil menghulurkan bantuan bekalan makanan sebagai usaha untuk meringankan beban mereka. Pengerusi Kelab Setiap Selasa Blok Bowling (SSBB) Kluang, Yusman Abdul Rahman berkata, seramai 35 keluarga di Kampung Tengah Dalam dekat sini terpilih untuk menerima sumbangan pihaknya. Katanya, antara bekalan makanan diberikan adalah beras, minyak masak, gula, sardin, biskut, tepung serta garam selain makanan ringan untuk... Klik untuk […]

today13 January 2021

Buletin

6 penempatan di Kahang terima bekalan makanan

Kluang: Enam lagi penempatan di Kahang yang masih terputus hubungan akibat laluan darat ditenggelami air menerima bekalan makanan yang dihantar melalui jalan sungai oleh pasukan keselamatan petang semalam. Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Kluang, P.Thanaselan berkata, penghantaran membabitkan bekalan beras sebanyak 1,355 kilogram beras, minyak masak, tepung dan pelbagai barang-barang keperluan dapur lain dihantar kepada penduduk yang tinggal di enam ladang di Kahang. "Kawasan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 January 2021

Buletin

Dua kampung Orang Asli terputus hubungan terima bekalan makanan

Kluang: Dua kampung Orang Asli yang terputus hubungan sejak Sabtu lalu akibat banjir menerima bekalan makanan yang disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam. Pegawai Pembangunan Masyarakat Kluang, P Thanaselan berkata, dua perkampungan berkenaan adalah Kampung Orang Asli Pucur yang mempunyai 84 penduduk daripada 22 keluarga. Katanya, turut menerima bekalan makanan adalah 122 penduduk daripada 37 keluarga di Kampung Orang Asli Sungai Peroh. "Antara bekalan makanan yang dihantar... Klik untuk baca […]

today6 January 2021

Buletin

Banjir kali ini lain macam

Kluang: Banjir yang melanda Kluang hari ini dianggap amat berlainan apabila penduduk mendakwa air masuk ke kediaman mereka terlalu cepat menyebabkan ada yang tidak sempat membuat persiapan apa-apa untuk berpindah. Penduduk di Lorong Kerjasama Kampung Baru, Hassan Abdullah, 48, berkata, keadaan itu mungkin berlaku akibat hujan yang agak lebat selain ia berlaku sepanjang malam tadi. Menurutnya, jika keadaan hujan ini terus berlarutan dikhuatiri kejadian banjir besar pada 2006 dan 2007 […]

today2 January 2021

Buletin

Maut terlanggar batu dekat pembahagi jalan

Kluang: Seorang lelaki maut akibat dilanggar sebuah lori selepas motosikal ditungganginya melanggar seketul batu berhampiran pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 58.5 Jalan Batu Pahat - Mersing di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, ketika kejadian kira-kira 2 petang itu, Roslan Ishak, 64, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sembrong Lapis menghala ke bandar Kluang dengan menunggang motosikal bersama isteri dan seorang... Klik […]

today31 December 2020

Buletin

[UPDATE] Seorang lagi meninggal dunia, lori punca kemalangan

Kluang: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 85.5 Jalan Johor Bharu-Ayer Hitam berhampiran Plaza Tol Machap di sini, meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mangsa ketiga yang dikenali sebagai Tan Sow Ngo, 55, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Menurutnya, mangsa ketiga itu berada dalam kereta yang sama dengan pasangan suami isteri yang meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, Tan […]

today28 December 2020

Buletin

Bekas Speaker Dun Johor meninggal dunia

Johor Bharu: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz, 80, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di sini, malam ini. Berita sedih itu dikongsi anaknya, Shukur yang memaklumkan jenazah arwah ayahnya akan dibawa pulang ke kediaman mereka di No 9, Jalan Kemuncak 12, Taman Nong Chik, di sini. Katanya, ayahnya yang juga bekas Ahli Parlimen Sri Gading menghembuskan nafas terakhir pada 9.50 malam […]

today24 December 2020

Buletin

JKM diluluskan bantuan pesakit terlantar

Kluang: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kluang mengesahkan permohonan Aidah Mornee, 55, sudah diluluskan untuk menerima bantuan pesakit terlantar sebanyak RM350 sebulan bermula Disember ini. Sebelum itu, pihak JKM juga sudah menyerahkan Tabung Bantuan Segera sebanyak RM300 selain lampin pakai buang kepada wanita ibu tunggal berkenaan. Pegawai Pembangunan Masyarakat Kluang, P Thanaselan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati Aidah menghidap sakit kencing manis, paru-paru berair, semput... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today20 November 2020