Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

70fdcb26fd27acd86816870656325a5d

95 Results / Page 10 of 11

Buletin

Zaleha sumber inspirasi kami – Shahrizat

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail sebagai sumber inspirasi beliau dalam dunia politik. "Allahyarhamah kita sapa sebagai Kak Leha, beliau adalah sumber inspirasi. Beliau umpama ibu dan kakak kami. "Kak Leha adalah lagenda dan ikon dalam Wanita Umno, kalau kita lihat ketika perjuangannya, apa saja yang dipimpin pasti akan berjaya ini menunjukkan keikhlasan perjuangan beliau," katanya ketika ditemui […]

today15 November 2020

Buletin

Tidak boleh berhimpun tanpa kebenaran

Gombak: Penganjur perhimpunan membantah penjualan arak di Taman Sri Gombak, di sini, dilarang mengadakan sebarang perhimpunan kerana tidak membuat pemakluman kepada polis. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, tiada pemakluman dibuat kepada pihak polis selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012. "Mana-mana pihak yang ingkar boleh diambil tindakan mengikut akta sama. "Di samping itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today4 November 2020

Buletin

‘Tolong cari motosikal saya…’ | Harian Metro

Gombak: Luluh hati seorang wanita yang juga penghantar makanan apabila motosikal digunakan untuk mencari rezeki hilang di sebuah pasar raya di Batu Caves, di sini, hari ini. Dalam kejadian 2 petang itu, wanita berkenaan dipercayai ingin mengambil makanan untuk dihantar dan meletakkan motosikal di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, apabila kembali semula ke kawasan parkir, dia mendapati motosikal Yamaha 135LC itu hilang. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata,... Klik […]

today4 November 2020

Buletin

Warga emas maut, terperangkap di dapur rumah flat

Petaling Jaya: Warga emas maut selepas rumah didiami di Taman Seri Manja di sini, hangus di jilat api, malam tadi. Dalam kejadian 9.40 malam itu, mangsa yang berusia 72 tahun didapati melecur 100 peratus di bahagian badan. Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.51 malam. Katanya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat […]

today17 October 2020

Buletin

PKPB: Sesak di sempadan daerah

Kuala Lumpur: Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang menyaksikan kesesakan teruk di sekatan jalan raya di sempadan daerah. Tinjauan Harian Metro di beberapa lokasi mendapati, orang ramai keluar seawal 7 pagi dan ada di antara mereka perlu menempuh dua sekatan jalan raya sebelum tiba di pejabat. Antara laluan yang dilaporkan sesak adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Perseketuan, Jalan Pelabuhan Klang-Kuala Lumpur, susur masuk ke... […]

today14 October 2020

Buletin

Samun barang kemas RM3 juta: Polis sedang kenalpasti suspek

Kuala Lumpur: Polis masih menjalankan siasatan termasuk mengenalpasti suspek yang terbabit berhubung kejadian samun di Lebuhraya Besraya pda 22 September lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, sebelum ini pihaknya sudah menahan seorang lelaki pada 7 Oktober lalu. "Polis menahan lelaki berkenaan di Teluk Pulai, Klang bagi membantu siasatan berhubung kejadian. "Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin... Klik untuk […]

today13 October 2020

Buletin

Nur Sajat mengaku jual kosmetik tidak berdaftar

Shah Alam: Syarikat milik usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat didenda RM14,500 atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar dan tidak bernotifikasi. Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikatnya Nur Sajat dan Ashaari Maznan, 46 selepas mereka menukar pengakuan bersalah atas 17 pertuduhan dihadapi. Hanie Dzatul Akhmar menjatuhkan hukuman denda... Klik untuk baca […]

today13 October 2020

Buletin

PKPB: Mohon kebenaran keluar di SJR

Klang: Penduduk di Taman Sri Andalas, Bukit Tinggi dan Persiaran Pegaga yang melalui sekatan jalan raya (SJR) boleh memohon surat kebenaran keluar kawasan di khemah SJR. Tinjauan Harian Metro mendapati rata-rata penduduk berpuas hati kerana mereka mudah berurusan untuk mendapatkan surat kebenaran. Penuntut sebuah universiti swasta di Shah Alam Izrinda Nurani Rosli, 22 berkata, dia yang tinggal di Taman Sri Andalas perlu keluar kawasan bagi menghadiri kuliah di Shah Alam. […]

today9 October 2020

Buletin

Polis siasat kes buli di PPR

Cheras: Polis sudah menerima laporan berhubung kejadian buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil, di sini. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa semalam di Balai Polis Bukit Jalil. "Kejadian dipercayai Isnin lalu apabila berlaku salah faham antara suspek yang berusia 15 dan 14 tahun. "Mangsa dipukul menggunakan tangan dan kaki oleh kedua-dua […]

today8 October 2020