Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

70fdcb26fd27acd86816870656325a5d

95 Results / Page 6 of 11

Buletin

Kesesakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan diatasi

Kuala Lumpur: Isu kesesakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Singapura akibat kesukaran memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) akan diselesaikan dengan segera. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menempatkan lapan pegawai di STM bermula minggu hadapan bagi membantu melancarkan proses dokumentasi pasport di republik itu. "Kini terdapat lima petugas di sana dan akan datang lapan... Klik untuk baca artikel […]

today20 March 2021

Buletin

Penumpang wanita disamun, dicabul pemandu e-hailing

Gombak: Penumpang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan dicabul pemandu e-hailing di Batu Caves di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian itu berlaku pada 6.30 petang ketika mangsa yang berusia 23 tahun menaiki kenderaan e-hailing berkenaan. "Mangsa menaiki Perodua Axia yang dipandu suspek lelaki dari tempat kerjanya di Solaris Hartamas untuk pulang ke rumahnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur. "Bagaimanapun, suspek membawa pengadu... […]

today19 March 2021

Buletin

Suspek bunuh Nik Khatijah disambung reman

Kuala Lumpur: Suspek utama kes pembunuhan Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud, 32, disambung reman selama enam hari sehingga Jumaat ini. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, reman pertama terhadap lelaki berkenaan tamat pada Ahad lalu. "Ia (sambung reman) bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum ia dibawa untuk proses pendakwaan di mahkamah. "Suspek itu tamat reman, Ahad lalu dan pada hari sama kita […]

today16 March 2021

Buletin

PKPD di Pulau Tioman mulai esok

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pulau Tioman bermula esok sehingga 29 Mac ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi kes Covid-19 di pulau peranginan Rompin, Pahang itu. "Sehingga semalam, KKM melaksanakan 48 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 16 kes positif direkodkan. KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara... Klik untuk baca artikel […]

today15 March 2021

Buletin

Rugi labur forex, wanita curi emas keseluruhan RM2 juta

Petaling Jaya: Akibat kerugian besar dalam pelaburan tukaran mata wang asing atau forex, seorang jurujual wanita bertindak mencuri barang kemas di tempat kerjanya sejak dua tahun lalu. Suspek yang berusia 42 tahun itu akan mengambil seutas emas dan mengikat di pahanya ketika tamat waktu bekerja. Bagaimanapun, tindakan wanita itu terbongkar apabila premis terbabit membuat laporan polis akibat mengalami kerugian bernilai RM2 juta. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik […]

today10 March 2021

Buletin

Balai Polis Ampang gantung urusan kepada orang awam

Ampang Jaya: Orang ramai yang ingin berurusan di Balai Polis Ampang dinasihatkan ke balai berlainan susulan penggantungan urusan kepada orang awam bermula 23 Februari hingga 1 Mac ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tindakan berkenaan diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Difahamkan setakat ini 11 anggota polis di balai terbabit dikesan positif Covid-19 dan sejumlah anggota lain diarahkan untuk kuarantin kendiri. "Segala urusan... Klik […]

today23 February 2021

Buletin

Pengasas Sugarbook sudah ditahan polis

Kuala Lumpur: Pengasas aplikasi laman sesawang dan aplikasi temu janji Sugarbook ditahan di ibu negara semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek yang berusia 43 tahun dan berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada jam 4.30 petang. "Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam. "Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook," katanya dalam satu kenyataan, hari […]

today18 February 2021

Buletin

SJR beroperasi walaupun sekatan pergerakan 10km dibatalkan

Kuala Lumpur: Sebanyak 550 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara masih dikekalkan walaupun sekatan pergerakan melebihi 10 kilometer dibatalkan. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pada masa ini 276 SJR didirikan di kawasan persempadanan daerah di seluruh negara manakala 274 SJR lagi dibuat di lokasi persempadanan negeri dan Operasi Benteng (Op Benteng). "Meskipun orang ramai bebas bergerak lebih 10 kilometer, mereka yang tidak mempunyai […]

today17 February 2021

Buletin

KPM perkenal saluran DidikTV KPM

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan saluran khas TV Pendidikan dikenali DidikTV KPM yang akan bersiaran dari 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari, mulai 17 Februari ini. Majlis pelancaran saluran itu akan disempurnakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 pagi hari pertama siaran. KPM dalam kenyataannya hari ini berkata, inisiatif mewujudkan saluran khusus itu adalah usaha berterusan kementerian dalam meningkatkan akses kepada pendidikan... Klik untuk […]

today12 February 2021