Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

73caa45caa35b5bf0bfce7bb476e3c5b

6 Results / Page 1 of 1

Terkini

Pujuk ibu bapa ambil vaksin ada caranya

ARINA AZLANWARTAWAN EKSEKUTIF Apabila timbul isu golongan warga emas antara yang paling ramai ‘lari’ daripada janji temu vaksinasi Covid-19, perkara pertama yang terlintas di fikiran ini adalah kasihan dan simpati. Majoriti warga emas bukanlah mereka yang betah dengan pere­daran maklumat terkini. Kebanyakan mereka tinggal di kampung dan luar bandar, hanya mendengar perkembangan terkini menerusi anak-anak di bandar, te­levisyen dan rakan-rakan sebaya. Tidak keterlaluan jika keengganan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today10 June 2021

Buletin

Alahan hamil bukan mengada-ngada – Kosmo Digital

ARINA AZLANWARTAWAN EKSEKUTIFAPABILA penulis membaca satu artikel berkenaan sindiran seorang lelaki kepada isterinya yang mengalami alahan ketika hamil, hati ini tiba-tiba panas. Penulis tidak menyangka masih wujud pemikiran bahawa alahan atau morning sickness itu adalah lakonan semata-mata. Tahukah anda, alahan adalah perkara yang nyata dan bukan diada-adakan oleh wanita hamil. Menurut Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Fertiliti Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Maiza Tusimin,... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 April 2021

Buletin

Jangan sampai kita merajakan anak-anak

ARINA AZLANWARTAWAN EKSEKUTIFBaru-baru ini, penulis terbaca satu rangkaian ciapan Twitter milik seorang pegawai perubatan pediatrik Hospital Muar iaitu Dr. Redza Zainol mengenai memanjakan anak jangan sampai jadi raja. Menerusi catatan itu, seorang anak yang memasuki usia dua tahun sebenarnya sudah boleh di­ajar menerima arahan mudah dan berhenti dilayan seperti bayi. Penulisannya didorong oleh insiden seorang ibu yang datang ke klinik membawa anak berusia tujuh tahun yang masih dipakaikan... Klik untuk […]

today15 March 2021

Buletin

Bersyukur saat diuji – Kosmo Digital

ARINA AZLANWARTAWAN EKSEKUTIFDi saat pandemik Covid-19 me­landa dunia, impak yang dibawa bersama kadangkala boleh membuatkan kita jatuh terduduk. Ramai yang kehilangan punca pendapatan dan ada yang bergelut bertahan di mana-mana tempat kerja dengan harapan aliran wang tidak terputus. Baru-baru ini, seseorang yang penulis kenali mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan daripada pekerjaannya. Pada mulanya, ahli keluar­ganya mempersoalkan keputusan individu itu yang dianggap tidak... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 February 2021

Buletin

Jangan hanyut dalam dunia media sosial

ARINA AZLANWARTAWAN EKSEKUTIFMembesar di zaman media sosial, generasi muda kini tidak terlepas daripada terpengaruh dengan apa yang dilihat atau dipaparkan di platform tersebut. Ada juga yang menjadikan selebriti media sosial sebagai idola dan sering menjadikan mereka contoh dalam membentuk cita-cita dan masa depan. Namun, perlu diingat bahawa media sosial adalah sebuah du­nia yang tidak nyata. Remaja te­rutamanya di bangku sekolah perlu diingatkan bahawa ‘dunia’ itu bukanlah... Klik untuk baca artikel […]

today24 December 2020

Buletin

Ubah stigma lapuk cara penyusuan bayi

ARINA AZLANWARTAWAN EKSEKUTIFSekitar tahun 2017, ada satu kejadian yang benar-benar melekat di fikiran penulis sehingga ke hari ini. Baru berusia 26 tahun, penulis berada di dalam surau pejabat untuk mengepam susu buat anak yang baru berusia dua bulan. Ketika itu hanya ada dua tiga orang sahaja yang sedang menanti waktu solat Zuhur. Tiba-tiba datang seorang individu datang dan menegur penulis. “Kalau mahu pam susu, ja­ngan macam ini. Ambil kain telekung […]

today12 November 2020