Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

755da112033193c581c75efe09c41765

123 Results / Page 13 of 14

Buletin

Pembukaan sekolah di sembilan daerah di Sarawak ditangguh

Kuching: Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula 1 Mac ini ditangguhkan selama 14 hari lagi di sembilan daerah di Sarawak. Ia berikutan kes jangkitan Covid-19 yang masih tinggi di sembilan daerah terbabit iaitu Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri. Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, penangguhan itu dibuat atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan selepas perbincangan dengan Kementerian Pendidikan... Klik untuk baca artikel […]

today26 February 2021

Buletin

Perhimpunan orang ramai cetus 21 kluster di Sarawak

Kuching: Perhimpunan orang ramai menjadi faktor utama peningkatan jangkitan Covid-19 dan kewujudan kluster baharu wabak itu di Sarawak. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Chin Zin Hing berkata, ia dikenal pasti hasil analisa yang dijalankan pihaknya apabila berlaku peningkatan kes jangkitan dalam tempoh dua bulan pertama, tahun ini. Beliau berkata, keadaan diburukkan lagi dengan unsur kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan normal baharu seperti penjarakan fizikal, tidak... Klik untuk baca […]

today26 February 2021

Buletin

Kuching banjir lagi | Harian Metro

Kuching: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di pinggir bandar raya ini dilanda banjir hari ini. Air dilaporkan mula naik sehingga memasuki rumah penduduk bermula jam 5 pagi tadi. Tinjauan di Kampung Sinar Budi Baru, di Taman Desa Wira, Batu Kawa mendapati kira-kira 30 kediaman penduduk dinaiki air sehingga paras satu meter. Kebanyakan penduduk yang menyedari banjir akan berlaku lagi, sempat mengalihkan kenderaan mereka ke tempat […]

today19 February 2021

Buletin

Detik cemas 3 pemancing | Harian Metro

Kuching: Keseronokan tiga sahabat memancing di tepi pantai Kampung Trombol, di Telaga Air, di sini, sempena hari cuti umum hari ini bertukar menjadi detik mencemaskan apabila mereka terperangkap di kawasan hutan bakau di tepi pantai berkenaan akibat air laut pasang. Sehingga 5 petang ini, tiga lelaki terbabit, Azrol As-obeng, 31, Norazi Bahar, 30 dan Mohd Syahril Tomudi, 27, masih terperangkap di kawasan itu dengan memanjat pokok bakau bagi mengelak air […]

today12 February 2021

Buletin

Terjun sungai selepas bergaduh | Harian Metro

Simunjan: Lelaki yang melarikan diri dan terjun ke dalam Sungai Batang Sadong di pangkalan feri Sungai Buloh, di sini, selepas bergaduh, dikhuatiri lemas dibawa arus deras, malam tadi. Kejadian pada 9 malam itu disaksikan beberapa pemancing yang berada di pangkalan feri berkenaan dan mereka cuba menyelamatkan lelaki terbabit, namun gagal. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.26... […]

today12 February 2021

Buletin

Banjir: 1,002 mangsa masih di PPS di Sarawak

Kuching: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat semula pagi ini selepas menurun kepada 934 orang daripada 313 keluarga petang semalam. Pagi ini, jumlah mangsa yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) adalah seramai 1,002 orang daripada 329 keluarga. Daerah Serian mencatat jumlah tertinggi dengan 767 mangsa daripada 249 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS. Di Simunjan pula, seramai 220 mangsa daripada 75 keluarga kini masih berada di empat PPS. […]

today7 February 2021

Buletin

Sibu, Kuching kini zon merah

Kuching: Daerah Sibu dan Kuching bertukar daripada status zon jingga ke zon merah Covid-19, hari ini. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya berkata, ia berikutan sebanyak 44 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah Sibu dan 41 kes di daerah Kuching dalam tempoh 14 hari lalu. Katanya, daerah Selangau dan Sebauh pula bertukar status hijau ke status kuning apabila masing-masing mencatatkan satu kes positif Covid-19 jangkitan... Klik […]

today10 January 2021

Buletin

Perahu karam, lelaki dikhuatiri lemas

Sarikei: Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas perahu dinaikinya karam di Muara Payang, di sini, semalam. Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik di Syarikat Hua Seng Electrical Work, di Sibu, menaiki perahu itu menyusuri Sungai Rajang bersama rakannya dan pemilik perahu dalam perjalanan dari Sarikei. Rakan mangsa, Romilton Anthony, 27, dalam laporan yang dibuatnya di Balai Polis Sarikei, petang semalam berkata, selepas kira-kira 30 minit... […]

today7 December 2020

Buletin

Padah ceroboh rumah polis | Harian Metro

Kuching: Lelaki yang dipercayai dalam keadaan lalok akibat pengaruh dadah tidak menyedari bahawa rumah yang dipecah masuk adalah milik seorang pegawai polis. Dalam kejadian di Taman Sourabaya Indah di sini, pada 3.30 pagi kelmarin, suspek berusia 22 tahun itu akhiranya di tahan oleh pegawai polis itu sendiri. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, kejadian itu disedari pegawai polis terbabit yang terjaga daripada tidur selepas terdengar […]

today24 November 2020