Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

7e45293b1f58763a21015f95c6ca0f4c

66 Results / Page 6 of 8

Buletin

Lebih 6,000 mangsa banjir di Terengganu

Chukai: Mangsa banjir di Terengganu terus bertambah kepada 6,133 penduduk membabitkan 1,621 keluarga di tiga daerah yang terjejas teruk, Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu Sehingga 12 tengah malam tadi, sebanyak 47 pusat penempatan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan semua mangsa banjir membabitkan pelbagai golongan usia seperti bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Kemaman terus menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir apabila seramai 4,988 orang dari daerah... Klik untuk baca […]

today20 December 2020

Buletin

Myvi dihanyutkan arus banjir | Harian Metro

Chukai: Lelaki berdepan detik cemas apabila Perodua Myvi dipandunya dihanyutkan arus banjir ketika melalui Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Kampung Batu 10, Pasir Gajah, di sini, yang ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Mohd Zailani Abdullah berkata, kejadian dikatakan berlaku 12.50 tengah hari ketika mangsa yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Hospital Kemaman dalam perjalanan dari Plaza Tol Chukai, Lebuhraya... Klik untuk baca […]

today19 December 2020

Buletin

Penduduk rayu segerakan pembinaan pembentung

Chukai: Penghuni Perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalung, di sini, merayu kerajaan menyegerakan pembinaan pembentung baharu yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Pembinaan pembentung baharu itu perlu kerana pembentung sedia ada sempit dikatakan punca berlakunya banjir di kawasan itu yang menghantui penghuni setiap kali tiba musim tengkujuh. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai Hanafiah Mat berkata, pembentung lain perlu dibuat bagi menggantikan pembentung sedia... Klik untuk baca artikel […]

today19 December 2020

Buletin

Banjir di Kemaman semakin buruk

Chukai: Hujan berterusan menyebabkan keadaan banjir di negeri ini semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan seramai 2,738 orang daripada 654 keluarga. Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan juga meningkat kepada 20 dengan satu PPS baharu diaktifkan di Setiu, manakala Dungun kekal dengan tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Minda, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Syukor. Keadaan banjir di daerah Kemaman semakin buruk […]

today19 December 2020

Buletin

2,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah

Chukai: Air yang naik secara mendadak memaksa lebih 2,000 penghuni Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalung, di sini, meninggalkan kediaman secara berperingkat sejak jam 11 pagi tadi hingga kini. Bagi yang memiliki keluarga besar, mereka mampu memindahkan barangan dan peralatan elektrik di tempat tinggi bagi mengelak ditenggelami air. Namun bagi keluarga kecil atau golongan ibu tunggal yang tidak memiliki anak ramai, mereka terpaksa keluar hanya membawa keperluan penting seperti pakaian […]

today18 December 2020

Buletin

Kemaman dilanda banjir gelombang kedua

Chukai: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan penduduk di beberapa kampung, di sini, terpaksa dipindahkan apabila kawasan mereka ditenggelami air. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamad Hanif Che Khalid berkata, kampung yang terbabit ialah Masjid Sungai Mas, Padang Kubu dan Kampung Teladas. "Sehingga jam 10 malam ini, seramai 171 mangsa membabitkan 45 keluarga dari tiga kampung dipindahkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara... Klik […]

today17 December 2020

Buletin

Stok barangan keperluan cukup: KPDNHEP

Kuala Berang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi sepanjang negara menghadapi tempoh penularan Covid-19. Justeru rakyat tidak perlu melakukan pembelian barangan secara panik meskipun ada laporan mendakwa kes penularan Covid-19 di Malaysia dijangka menjadi lebih serius tahun hadapan. Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, setiap hari kementeriannya menerima laporan daripada pegawai... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 December 2020

Buletin

1 lagi laporan cabul pengamal perubatan alternatif

Kuala Berang: Polis menerima satu lagi laporan berkaitan kes cabul membabitkan lelaki yang kini direman kerana kesalahan sama, kelmarin. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang jurujual wanita berusia 25 tahun pada 1.15 tengah hari ini. Menurutnya, mangsa mendakwa menjadi mangsa cabul suspek berusia 52 tahun itu ketika mendapatkan rawatan perubatan alternatif pada September 2018. "Kejadian itu dikatakan... Klik untuk […]

today8 December 2020

Buletin

PPS SK Chendering di Kuala Terengganu dibuka semula

Kuala Terengganu: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu membuka semula pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini bagi menempatkan penduduk Kampung Binjai, di sini, yang terjejas akibat banjir. Kesemua 25 mangsa daripada tujuh keluarga itu dipindahkan selepas kampung berkenaan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak 5 petang tadi hingga kini. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, semua mangsa dipindahkan di PPS... Klik untuk baca […]

today2 December 2020