Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

8a05d12f3a3d8b1fcd9e97bf59ed8d01

37 Results / Page 4 of 5

Ekonomi

Volvo XC40 Pure Recharge Electric dilancarkan

PETALING JAYA – Volvo Car Malaysia melancarkan model kenderaan elektrik (EV) XC40 Recharge Pure Electric untuk pasaran Malaysia. Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, pelancaran model itu merupakan sebahagian usaha global Volvo untuk menjadi syarikat pengeluar EV sepenuhnya menjelang tahun 2030. Katanya, bermula tahun 2022 Volvo Car Malaysia menyasarkan untuk melancarkan satu model EV baharu pada setiap tahun. “Volvo XC40 Recharge Pure Electric merupakan kenderaan EV pertama Volvo […]

today15 March 2022

Ekonomi

R3 lancar minyak pelincir premium

PETALING JAYA – Bahagian sukan permotoran (motorsport) Proton, R3, yang kini diletakkan dibawah naungan Proton Global Servicer telah melancarkan rangkaian minyak pelincir premium. Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Global Services, Lee Yeet Chuan berkata, pengenalan produk terbaharu itu adalah untuk membina semula hubungan dengan peminat dan meningkatkan reputasi jenama. Menurut beliau, pelancaran itu menandakan hala tuju baru bagi R3 untuk membawa warisan dan produknya kepada orang ramai. “Rangkaian minyak pelincir R3 […]

today20 January 2022

Ekonomi

Star Medik lancar kilang pengeluar pati serai terbesar

SEREMBAN – Kumpulan Star Medik melancarkan kilang pengeluaran pati serai melalui anak syarikatnya, Tropical Bioessence Sdn. Bhd. (TBE) di Nilai Impian, di sini pada Rabu. Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Tajuddin Abdul Latif, kilang itu mampu memproses sebanyak 75 tan daun serai sehari dan dijangka merupakan fasiliti pengeluar pati serai yang terbesar di dunia. Katanya, selaras dengan program pemulihan ekonomi pasca Covid-19, kilang itu akan menjadi pemangkin kepada pekebun kecil […]

today9 December 2021

Ekonomi

Mercedes Benz pasang model GLA dan A-Class Sedan di Pekan

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengukuhkan segmen tempatannya dengan menambah dua model pemasangan tempatan (CKD) di kilangnya di Pekan, Pahang. Menurut Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Michael Jopp, dua model itu ialah GLA dan A-Class Sedan yang menawarkan dua varian bagi setiap model. Katanya, antara varian yang ditawarkan seperti GLA 250 AMG Line, GLA 200 Progressive Line, A 250 AMG Line dan A200 Progressive Line. “Penambahan baharu pada […]

today30 October 2021

Ekonomi

Ducati Malaysia lancar Multistrada V4

PETALING JAYA – Ducati Malaysia melancarkan model Multistrada V4 dan V4S untuk pasaran negara ini dengan harga­ bermula RM135,900. Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pelancaran tersebut, model terbaharu itu hadir dengan kapasiti enjin 1,158 cc dan transmisi enam kelajuan.Gabungan tesebut mampu menghasilkan 170 hp pada 10,500 rpm dan tork maksimum 125Nm pada 8,750 rpm. “Dua pilihan warna ditawarkan untuk motosikal touring itu seperti Ducati Red (merah) dan Aviator Grey […]

today17 September 2021

Ekonomi

Iriz, Persona ditawar pada harga bermula RM40,300

PETALING JAYA – Proton me­lancarkan Proton Iriz dan Persona 2022 dengan menawarkan reka bentuk diperkemaskan serta ciri-ciri yang diperbaharui dengan harga bermula RM40,300. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, dua model tersebut didatangkan dengan warna baharu serta lebih keselesaan dan ciri-ciri keselamatan. Menurut beliau, Proton Iriz dan Persona telah berjaya memenangi hati ramai peminat sejak diperkenalkan dan perubahan yang dilakukan mengambil kira cita rasa mereka. “Perubahan reka bentuk […]

today6 August 2021

Ekonomi

Model X70 edisi khas ditawar sebanyak 2,000 unit sahaja

PETALING JAYA – Proton me­lancarkan model X70 Edisi Khas dengan harga atas jalan tanpa insurans RM123,800.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, model keluaran terhad itu ditawarkan sebanyak 2,000 unit sahaja. “Dengan penambahan Proton X70 Edisi Khas pada barisan model kami, Proton telah melebarkan lagi pasaran sasaran peringkat atas. “Walaupun ia adalah kelua­ran terhad, kami yakin bahawa ia akan menarik minat pembeli kereta mewah yang sedang mencari SUV... Klik […]

today23 July 2021

Terkini

Tempahan Arteon R-Line 4Motion dibuka

PETALING JAYA – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini membuka tempahan untuk model Arteon R-Line 4MOTION baharu. Menurut kenyataan VPCM, model yang dipasang di Pekan, Pahang itu dijangka akan dijual pada harga antara RM245,000 antara RM255,000 apabila dilancarkan. Katanya, Arteon merupakan model utama Volkswagen dan diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun lalu.  “Menampilkan gaya dan kelajuan, Arteon baharu hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti kemas kini pada... Klik untuk baca artikel […]

today20 June 2021