Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

9068edc083b2577475ba11e7a250e907

64 Results / Page 4 of 8

Buletin

Lagi Pati ditahan cuba ceroboh negara

Kuala Lumpur: Cubaan pendatang asing tanpa izin (Pati) masuk ke negara ini dikesan masih berlaku meskipun Op Benteng berjalan tanpa henti. Terbaharu, 19 Pati yang menaiki bot dari Batam, Indonesia ditahan selepas dikepung di Jeti Nelayan Sungai Rengit hingga ke Pantai Sungai Buntu, Kota Tinggi, Johor, hari ini. Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) mengesan pergerakan bot mencurigakan pada 4 pagi menuju […]

today16 March 2021

Buletin

Cuba terjun sebab tertekan dilarang main ‘game’

Bentong: Seorang remaja perempuan cuba terjun dari jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi, hari ini kerana mendakwa tertekan ditegur bapa. Remaja berusia 16 tahun itu berjaya diselamatkan polis dan pasukan bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.12 petang dan sepasukan polis... Klik […]

today16 March 2021

Buletin

Sudah kesan pemilik FB Mujahidah Malaysia didakwa menghasut

Kuala Lumpur: Bukit Aman sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook (FB) Mujahidah Malaysia yang didakwa menghasut masyarakat mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, individu terbabit akan hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan. Menurutnya, polis mengesan beberapa kenyataan mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi dan bersifat menghasut dasar agama dan perkauman. "Kenyataan itu berdasarkan klip video... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today15 March 2021

Buletin

Pemilik FB Mujahidah Malaysia didakwa menghasut sudah dikesan

Kuala Lumpur: Bukit Aman sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook (FB) Mujahidah Malaysia yang didakwa menghasut masyarakat mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, individu terbabit akan hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan. Menurutnya, polis mengesan beberapa kenyataan mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi dan bersifat menghasut dasar agama dan perkauman. "Kenyataan itu berdasarkan klip video... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today15 March 2021

Buletin

Misi Muslim Care santuni 1,000 asnaf di Sabah

Kuala Lumpur: Muslim Care Malaysia (MCM) mengadakan misi kemanusiaan menyantuni 1,000 asnaf di Sabah bermula Jumaat ini. Presidennya, Zulkifli Wahijan berkata, objektif utama misi itu untuk memastikan golongan berkenaan terus menikmati kehidupan yang lebih baik dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Lokasi misi kali ini di sekitar Tawau, Semporna dan Pulau Mabul dengan sasaran 1,000 asnaf. "Pelbagai barangan keperluan harian bernilai RM100,000 akan diagihkan dengan setiap asnaf... Klik untuk baca […]

today15 March 2021

Buletin

4 lagi pegawai polis dikenal pasti lepas suspek Macau Scam

Kuala Lumpur: Bukit Aman mengenal pasti empat lagi pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Pulau Pinang yang melepaskan suspek Macau Scam. Mendedahkan perkembangan terbaharu itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya berkata, pegawai terbabit mempunyai kaitan secara langsung termasuk pegawai penyelia Inspektor berkenaan. Menurutnya, seramai 11 tahanan Macau Scam berkenaan dikatakan diserahkan kepada seorang 'pegawai' Jabatan Imigresen... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 March 2021

Buletin

Covid-19: KKM kesan mutasi baharu Nigeria

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemui dua kes pertama individu yang dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525, di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes berkenaan dikesan daripada dua warganegara asing yang tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan didapati positif Covid-19 melalui ujian calitan. Menurutnya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kemudian menjalankan penjujukan genom penuh... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today5 March 2021

Buletin

Hasrat bertemu isteri tak kesampaian

Gombak: Hasrat seorang suami bertemu isterinya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 30.2 Lebuhraya Karak menghala Bentong, petang tadi. Kejadian jam 5.50 petang itu meragut nyawa anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Koperal Mohamad Azizi Daud, 37. Jurucakap polis memaklumkan, motosikal ditunggangi mangsa bergesel dengan lori dari arah sama. Menurutnya, mangsa dalam perjalanan menuju ke Jerantut untuk bertemu isteri. "Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi... Klik untuk […]

today26 February 2021

Buletin

Suspek lolos pemeriksaan polis berjaya diberkas

Petaling Jaya: Lelaki yang melarikan diri daripada ditahan polis di Bulatan Sierramas, berjaya diberkas petang tadi. Suspek ditahan hanya beberapa jam selepas dia bersama seorang lagi rakan yang masih bebas dirakam melanggar beberapa kereta sehingga memaksa polis melepaskan tembakan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Desa Aman yang terletak satu kilometer dari lokasi suspek meninggalkan kereta ketika... […]

today26 February 2021