Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

9068edc083b2577475ba11e7a250e907

64 Results / Page 7 of 8

Buletin

Tawar judi Roulette kepada pelanggan

Serdang: Tidak sampai lapan jam beroperasi, sebuah kedai judi di Seri Kembangan, di sini, diserbu polis malam ini. Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang jam 9 malam diketuai Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Razali Abu. Difahamkan, premis judi berkenaan baru memulakan operasi jam 4 petang tadi. Razali berkata, dalam serbuan itu, seorang lelaki yang juga penjaga premis bersama lapan pelanggan masing-masing lima lelaki […]

today21 November 2020

Buletin

Tanah runtuh rosakkan rumah, kereta

Sungai Buloh: Hujan lebat sejak beberapa jam lalu menyebabkan tanah runtuh di belakang sebuah rumah di Kampung Merbau Sempak, di sini, malam tadi. Kejadian jam 8.10 malam itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kematian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.14 malam sebelum pasukan dari BBP Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi. Menurutnya, berlaku limpahan air hujan bersama... Klik […]

today18 November 2020

Buletin

Gelang merah jambu elak warga asing keluar tapak pembinaan

Kuala Lumpur: Dua lelaki warga asing yang dipakai gelang merah jambu bagi mengelak mereka keluar dari sebuah tapak pembinaan di ibu kota selepas ujian saringan dijalankan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki terbabit antara 264 pekerja tapak binaan yang disaring Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurutnya, walaupun dipakaikan gelang merah jambu mereka masih boleh bergerak di dalam tapak pembinaan berkenaan. "Mereka berada di dalam kawasan tapak […]

today17 November 2020

Buletin

Cap palsu: SPRM buru Hon Loong dan Hun Siang

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara. Mereka yang dikesan adalah Yuen Hon Loong, 49, yang mempunyai dua alamat terakhir di No 27 Jalan Kota 12 Taman Kota,Yong Peng, Johor dan No 13A Jalan PJS 1/32, Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor. Individu kedua adalah Teo […]

today17 November 2020

Buletin

2 terperangkap dalam rumah akibat banjir kilat [METROTV]

Kuala Lumpur: Hujan lebat sejak jam 5 perang tadi menyebabkan beberapa lokasi di ibu kota dinaiki air. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima empat laporan banjir kilat dan dua kes pokok tumbang. Menurutnya, banjir kilat berlaku di Jalan 21/26, Taman Sri Rampai, Jalan Hang Lekui, Jalan Segambut dan Jalan Keramat. Katanya, anggota bomba dikejarkan ke lokasi dan mendapati air naik 0.5 hingga […]

today17 November 2020

Buletin

Sita jentera di tapak sampah haram

Gombak: Tindakan individu tidak bertanggungjawab menggunakan tanah di Sungai Pusu di sini, untuk melupuskan sampah secara haram berjaya dikesan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Hasilnya, tiga jentera yang sedang digunakan untuk meratakan tanah berkenaan disita di Rumpun Buana dan kawasan berhampiran Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Sabtu lalu. MPS memaklumkan, jentera yang disita disyaki digunakan untuk meratakan kawasan dan kemudiannya dijadikan sebagai tapak pembuangan sampah... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today16 November 2020

Buletin

Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung diluluskan

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) hari ini meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi 2020-2039. Ia juga membincangkan hala tuju Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang meliputi pindaan kepada definisi TBB serta penetapan sasaran TBB bagi 2025 dan 2035. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, keputusan mesyuarat akan diangkat untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today20 October 2020

Buletin

Mesyuarat MN dibatal saat akhir

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) dibatalkan malam ini. Pembatalan mesyuarat yang diadakan di Menara Umno itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa. Menurutnya, pembatalan itu dibuat atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Mesyuarat batal atas nasihat MKN," katanya. Ia dipercayai susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sehingga 27 Oktober ini. Wakil... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today19 October 2020

Buletin

Empat loji rawatan air kembali beroperasi

Kuala Lumpur: Empat loji rawatan air (LRA) yang menghentikan operasi awal pagi tadi kini sudah kembali beroperasi. LRA Sungai Selangor Fasa Satu, Dua, Tiga dan Rantau Panjang memulakan semula operasi jam 6 petang tadi. Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan, pengguna di kawasan terjejas dijangka akan menerima semula bekalan air bermula jam 8 pagi esok. "Semua LRA berkenaan akan memaksimumkan pengeluaran dan memenuhi paip utama dan kolam terminal. "Air Selangor juga […]

today19 October 2020