Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

b6ad38a6a49b840cbf6a353571024bc6

103 Results / Page 11 of 12

Buletin

Perintah berkurung ESSZONE lanjut hingga 1 Disember

Kota Kinabalu: Perintah berkurung di kawasan perairan dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 1 Disember ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, ia membabitkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi. "Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan... Klik untuk baca […]

today15 November 2020

Buletin

Dua rumah musnah dalam tanah runtuh

Kimanis: Dua rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di lereng bukit, Batu 18, Jalan Kimanis di sini, hari ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan kediaman tidak berpenghuni. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.51 pagi. "Hasil siasatan mendapati runtuhan setinggi 150 meter dan memusnahkan dua rumah yang tidak berpenghuni. "Pasukan bagaimanapun menjalankan pemeriksaan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today10 November 2020

Buletin

Wanita cedera selamatkan diri rumah terbakar

Labuan: Seorang wanita cedera manakala suami dan anak selamat selepas kediaman mereka di Kampung Batu Arang, Jalan Rancha-Rancha di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, wanita berusia 30-an cedera di kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri. Manakala suaminya yang berusia 38 tahun dan anak lelakinya berusia lapan tahun selamat tanpa sebarang kecederaan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya […]

today31 October 2020

Buletin

Perintah Berkurung ESSZONE dilanjutkan | Harian Metro

Kota Kinabalu: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 16 November. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi. "Perintah ini diteruskan... Klik untuk baca […]

today31 October 2020

Buletin

Duduk rumah je dik! | Harian Metro

Beaufort: Seorang gadis berusia 17 tahun dikompaun kerana ingkar arahan kuarantin di rumah selepas keluar ke rumah neneknya di Kampung Lumat, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 10.44 pagi kemudian bertindak mengesan suspek di rumahnya. Katanya, hasil siasatan mendapati, gadis terbabit masih dalam tempoh kuarantin di rumahnya di Lumat Saujana, selama 14 hari dengan […]

today30 October 2020

Buletin

Dua wanita terperangkap berjaya diselamatkan [METROTV]

Kota Kinabalu: Tindakan pantas bomba menyelamatkan dua wanita yang terperangkap dalam kebakaran di Blok A, Bangunan Karamunsing, di sini, hari ini. Dalam kejadian 5.40 petang itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.43 petang. Katanya, seramai 34 anggota bomba dari BBP Kota Kinabalu dan Lintas dikejarkan ke lokasi kebakaran. "Pasukan dibahagi kepada dua... Klik […]

today28 October 2020

Buletin

Lelaki maut tersangkut di ‘flyover’, isteri parah

Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut manakala isteri parah apabila kereta dinaiki pasangan terbabit dipercayai terbabas lalu terjatuh di laluan bertingkat (flyover) di Jalan Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, malam ini. Dalam kejadian jam 10.10 malam itu, mangsa lelaki berusia 51 tahun yang tersangkut di tembok flyover disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Isterinya berusia 35 tahun yang dipercayai terjatuh bersama kereta parah dan... Klik untuk […]

today20 October 2020

Buletin

Toyota Hilux dinaiki 9 individu terbabas, 1 maut

Beaufort: Seorang pekerja pemasangan kabel elektrik maut selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bersama lapan individu lain terbabas berdekatan Hutan Simpan Lumadan, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Kusan Anumanthan Kumar, 46, yang maut dalam kemalangan dikatakan menaiki Toyota Hilux yang dipandu majikannya itu bersama lapan penumpang lain. Difahamkan, kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas menjalankan kerja pembinaan pencawang... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today19 October 2020

Buletin

Wanita ‘gelang pink’ singgah kedai runcit ditahan

Labuan: Wanita yang memakai gelang merah jambu ditahan polis selepas didapati ingkar terhadap perintah kuarantin yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan semalam. Wanita berusia 32 tahun itu ditahan pada 2.30 petang selepas didapati berada di sebuah kedai runcit untuk membeli barangan di kawasan bandar ini. Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, penahanannya itu dibuat hasil maklumat orang awam selepas menyedari gelang yang dipakai wanita... Klik untuk […]

today17 October 2020