Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

c130727c3c2a148ba0724e70ce454eda

9 Results / Page 1 of 1

Sukan

Isabelle berlatih awal untuk Sukan Sea 2025

Tuaran: Isabelle Lonjuing Sayeed yang pernah mencatat sejarah sebagai pelatih kuda pacuan termuda dunia empat tahun lalu, akan mewakili Malaysia dalam Sukan Sea 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 7 Disember sehingga 19 Disember 2025 di Thailand.

today31 December 2024

Buletin

Kawasan parkir Taman Negara Gunung Kinabalu runtuh

Ranau: Kawasan parkir berhampiran Taman Negara Gunung Kinabalu, Kundasang, di sini, ditutup sebaik tanah runtuh berlaku, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, tiada orang awam dilaporkan cedera serta tidak menyebabkan laluan utama Jalan Ranau-Tamparuli terjejas. Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau, Mac Glen Frederick Lojuman berkata, pihaknya menerima aduan jam 7.15 pagi dan segera menjalankan pemantauan dengan kerjasama syarikat konsesi serta Polis Diraja Malaysia... Klik untuk […]

today20 January 2021

Buletin

Pemancing lemas, bot karam dipukul ombak

Tuaran: Pemancing yang dilaporkan hilang pagi tadi selepas bot dinaiki bersama tiga rakan karam dipukul ombak di muara Sungai Kampung Bolong, di sini, ditemukan lemas. Mayat Manji Baka, 50, yang juga pemandu serta pemilik bot fiber itu ditemui orang awam kira-kira 300 meter dari lokasi bot dipercayai karam. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak memakai jaket keselamatan. Katanya, berdasarkan keterangan rakan […]

today6 December 2020

Buletin

Cuba bunuh isteri kerana enggan rujuk

Kota Marudu: Berang apabila bekas isterinya enggan berbaik semula, seorang lelaki cuba membunuh wanita itu dengan melepaskan tembakan menggunakan 'bakakuk' (senjata buatan sendiri) di kawasan kebun getah dan kelapa sawit di Kampung Kerongkom Laut, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu wanita berusia 50 tahun iaitu kakak kepada mangsa. Menurutnya dalam kejadian jam 2... Klik […]

today18 October 2020

Buletin

Tanah runtuh punca pengguna terpaksa berpatah balik

Tuaran: Lebih 500 pengguna kenderaan di Kiulu terpaksa berpatah balik apabila berlaku tanah runtuh di dua jalan selain laluan dinaiki air susulan hujan lebat selama tiga jam bermula jam 6 pagi tadi. Difahamkan, kira-kira jam 1 tengah hari, dua runtuhan sepanjang 30 meter berlaku di Jalan Kiulu-Tamparuli berhampiran Kampung Rangalau Baru, Kiulu dan Kampung Kionsom Lama menyebabkan laluan terputus. Penduduk, Edwin Matusah, 36, berkata, dia dan ahli keluarganya yang mahu […]

today5 October 2020

Buletin

Penjala ikan ditemui lemas | Harian Metro

Tuaran: Lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika menjala ikan di Sungai Kiulu di sini, malam tadi, ditemui lemas hari ini. Mayat Benjamin Yunus, 47, ditemui penduduk di celah timbunan batang buluh di tepi sungai berhampiran sebuah sekolah menengah kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai orang awam bermula jam 8.27 […]

today4 October 2020