Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

cebbeceeacd762382c91b6ca2b3f775d

2125 Results / Page 1 of 237

Famili

“Anak Syurga Kami”- Detik Cemas Bertukar Tragedi, Bayi Dilahirkan Songsang Meninggal Dunia Di Bilik Air

Kegembiraan sepasang suami isteri yang menantikan kehadiran cahaya mata sulung bertukar tragedi memilukan hati apabila bayi mereka meninggal dunia sejurus dilahirkan. Bayi songsang tersebut meninggal dunia di bilik air rumah mereka di Puncak Alam pada 19 November. Kisah sedih ini tular selepas dikongsikan di Facebook Mr Wan Cai Official, mengundang simpati orang ramai yang turut mendoakan kekuatan buat pasangan berkenaan. Baca juga: “Anak Syurga Saya Lahir Tanpa Jari” – Kisah Ibu Reda Diuji Dengan Bayi ‘Robert Syndrome’ Sentuh Hati Ramai […]

today21 November 2025

Famili

Warga Emas Derma Darah 78 Kali, Terima Pingat Emas & Diangkat Sebagai ‘Adiwira Sebenar’!

Dalam dunia yang semakin sibuk dan penuh cabaran, masih ada insan-insan hebat yang diam-diam menyumbang bakti tanpa mengharapkan apa-apa balasan seperti derma darah untuk menyelamatkan nyawa. Baru-baru ini, tular satu kisah menyentuh hati di laman Facebook Derma Darah Terengganu Kite apabila seorang warga emas, Sabri, menjadi perhatian ramai selepas rekodnya yang luar biasa, 78 kali menderma darah sepanjang hidupnya! Baca juga: Ditinggal Isteri, Hidup & Belajar Dalam Penjara 3 Tahun..Lelaki Ini Berjaya Genggam Ijazah Sarjana UUM! Pengorbanan Seorang Ayah Derma […]

today21 November 2025

Famili

Ustazah Asma’ Kongsi Doa Rantaian Asmaul Husna Untuk Anak Cemerlang SPM & UPKK, Lengkap & Ringkas!

Musim peperiksaan besar seperti SPM dan UPKK 2025 kini bermula, dan debarannya bukan sahaja dirasai oleh para pelajar, malah ibu ayah yang setia mendoakan kejayaan mereka. Dalam tempoh penuh tekanan ini, ramai mencari ketenangan hati dan salah satu amalan adalah baca doa asmaul husna. Berikut ialah himpunan doa ringkas tetapi sangat besar maknanya dari Ustazah Asma Harun, khusus untuk anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan. Baca juga: Rahsia Genggam 9A UPKK 2025, Ustazah Bonda Kongsi Strategi Murid Tahun 5 Boleh Mula […]

today20 November 2025

Famili

Bukan Mudah Mendulang Emas Kerana Banyak ‘Penunggu’ Menjelang Solat Jumaat, Baca Doa Pendinding INI

Aktiviti mendulang emas Kelantan sering digambarkan di media sosial sebagai sesuatu yang mudah. Mungkin nampak macam hanya cedok pasir, ayak dan dapat ketulan emas. Hakikatnya, dunia sebenar para pendulang jauh lebih mencabar, penuh risiko dan turut diselubungi kepercayaan mistik yang diwarisi turun-temurun. Baca juga: Aktiviti Mendulang Emas Kembali Trending, Ini Senarai Lokasi ‘Panas’ Di Kelantan Dibenarkan Untuk Mendulang AKTIVITI MENDULANG EMAS KELANTAN ADA ‘PENUNGGU’, BANYAK MUNCUL MENJELANG SOLAT JUMAAT Menurut laporan Sinar Harian, di Sungai Tadoh, Kampung Kalai, penduduk tempatan […]

today20 November 2025

Famili

“Pakai Baju Je Wajib, Lipat Tak Wajib” – Ramai Setuju Teknik 5 Minit Sebakul Ini Selamatkan Ibu Dari ‘Burnout’

Dalam dunia sebenar, terutamanya bagi ibu yang ada bayi atau anak kecil, mengurus baju bukanlah tugas yang boleh dibuat bila-bila. Ada hari kita semangat, ada hari kita tak sentuh langsung dan ada hari yang tercari-cari cara lipat baju cepat. Sebab itulah prinsip ‘pakai baju je wajib, lipat baju tak wajib’ semakin ramai yang amalkan. Buat anda yang selalu tengok baju berlonggok dan rasa “tak sempat la hari ni…”, ini khas untuk anda! Baca juga: DIY Pewangi Tandas Ala Hotel Guna […]

today20 November 2025

Famili

Purata IQ Rakyat Malaysia Tersenarai Antara Paling Pintar Dunia, Kini Melonjak Ke Tangga Ke-22!

Tahukah anda, dalam ranking IQ dunia, Malaysia kini berada dalam kelompok 25 negara teratas dunia yang mempunyai purata tertinggi? Berdasarkan laporan terbaharu daripada laman analisis global Ranking Royals, kedudukan Malaysia meningkat ke tangga ke-22 dunia, sekali gus menjadi negara ketiga paling tinggi IQ di ASEAN, selepas Singapura dan Thailand! Baca juga: Graduan UiTM Jadi Rebutan, Universiti Ini Kekal Jadi Pilihan Majikan Dengan 92.1% Kebolehpasaran Kerja! RANKING IQ DUNIA, MALAYSIA BERADA DI TANGGA KE-22! Infografik yang diterbitkan oleh Ranking Royals menggunakan […]

today20 November 2025

Famili

“Selfie Terakhir Dengan Alin”- Luahan Bapa Buat Ramai Menangis, Anak Meninggal 9 Hari Sebelum Konvo

“Tak pernah aku sangka jadi imam solat jenazah anak aku” – Wan Nasrul (bapa). Mengalir air mata apabila membaca luahan hati seorang bapa dari Mentakab yang berkongsi detik paling gelap dalam hidupnya apabila anak perempuan tercinta, Wan Adlin Nadhilah, atau mesra dipanggil Alin, pergi menghadap Ilahi selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 15 November 2025, hanya beberapa hari sebelum majlis konvokesyennya di UKM. Baca juga: Air Mata Seorang Ibu: Dua Anak Pergi Selamanya, Dari Tangisan UPSR & Masuk […]

today20 November 2025

Famili

“Anak Menyusu Ibu Yang Dah Pergi..”- Permintaan Sunting Gambar Arwah Isteri Buat Ramai Sebak, Rupanya Ini Kisah Sebenar

Sebuah kisah menyayat hati tular di media sosial apabila seorang lelaki memohon agar orang ramai dapat sunting gambar dirinya bersama arwah isteri dan anak kecil mereka. Permintaan sederhana itu menyentuh hati ramai, terutama selepas kisah sebenar di sebalik gambar tersebut didedahkan. Sebak! Baca juga: “Anak Syurga Saya Lahir Tanpa Jari” – Kisah Ibu Reda Diuji Dengan Bayi ‘Robert Syndrome’ Sentuh Hati Ramai TULAR LELAKI MINTA TOLONG ORANG SUNTING GAMBAR ARWAH ISTERI UNDANG AIR MATA… Dalam perkongsian itu, lelaki berkenaan memuat […]

today12 November 2025

Famili

“Tiga Bulan Lagi Nak Sambut Anak Ketiga Lahir, Suami Pergi Dulu…”- Runner Maut Dalam Nahas Tragis Lori

Kegembiraan menanti kelahiran anak ketiga bertukar duka buat seorang wanita di Kluang apabila suaminya maut dalam kemalangan Batu Pahat Kluang, Selasa (11 November 2025). Mangsa, Mohamad Salrizal Rohani, 31 tahun, yang bekerja sebagai runner di sebuah pejabat peguam, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max dipandunya melanggar belakang sebuah lori satu tan yang berhenti untuk membelok ke simpang kawasan UK Farm. Baca juga: Baru Kehilangan Ibu Bapa, Rantai Emas Kenangan Anak Yatim Piatu […]

today12 November 2025