Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

cebbeceeacd762382c91b6ca2b3f775d

2125 Results / Page 6 of 237

Famili

Drama Baharu Erma Fatima, Tonton Original Series ‘Toksik Cinta’ Usik Jiwa Dengan Konflik Cinta & Obsesi

Di sebalik kemanisan cinta dan sinar glamor dunia hiburan, tersimpan kisah gelap yang penuh racun dan manipulasi. Itulah nadi utama Tonton Original Series: Toksik Cinta. Ini merupakan sebuah naskhah terbaharu arahan Pali Yahya dengan skrip tulisan Erma Fatima yang bakal menggegarkan emosi penonton bermula 27 Oktober 2025, eksklusif di Tonton. Baca juga: Tengku Hassanal Catat Sejarah Kerabat Diraja Pahang Pertama Jadi Anggota Elit PASKAU, Pangkat Mejar TUDM! 30 EPISOD TOKSIK CINTA BAKAL SINGKAP SISI ‘GELAP’ CINTA DAN OBSESI Drama bersiri […]

today28 October 2025

Famili

Wow! Empat Universiti Malaysia Tersenarai Dalam 150 Terbaik Dunia Oleh QS World Rankings 2026

Malaysia terus mencipta nama di pentas global apabila empat universiti tempatan tersenarai sebagai antara universiti terbaik dunia dalam QS World University Rankings 2026, yang diumumkan oleh QS TopUniversities. Siapa cakap universiti tempatan kita tak hebat bukan? Baca juga: Graduan UiTM Jadi Rebutan, Universiti Ini Kekal Jadi Pilihan Majikan Dengan 92.1% Kebolehpasaran Kerja! 4 UNIVERSITI DI MALAYSIA ANTARA 150 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA, TAHNIAH! Foto: BERNAMA Menurut laporan, antara yang paling membanggakan, Universiti Malaya (UM) sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila mengekalkan status […]

today28 October 2025

Famili

19 Tahun Menanti & Tiga Kali IVF, Pasangan Ini Berjaya Timang Anak Pertama..Tarikh Lahir Sama Dengan Ayah!

Selepas hampir dua dekad menanti kehadiran cahaya mata, pasangan dari Sungai Ramal Dalam akhirnya menerima anugerah terindah apabila dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu setelah menggunakan pelbagai cara nak dapat anak. Lebih istimewa, bayi comel yang dinamakan Sheikh Muhammad Mohd Khairuddin itu lahir pada 25 Rabiulakhir, iaitu tarikh sama dengan hari lahir bapanya, Mohd Khairuddin Ahmad, 51 tahun, menurut kalendar Islam. Baca juga: Kenapa Buku Pink Ibu Hamil Ada Ruang ‘Tahap Pendidikan’? Bukan Saja-Saja Isi, Rupanya Sangat Penting! […]

today28 October 2025

Famili

“Saya Minta Makan, Tapi Tiada Siapa Bagi”- Remaja OKU Cari Kerja Terharu Dibantu Selepas Disamun Di TBS

Bagi sebahagian remaja dari luar bandar, Kuala Lumpur dilihat sebagai ‘lubuk rezeki’ yang menjanjikan peluang pekerjaan dan kehidupan lebih baik. Namun, di sebalik gemerlapan kota dan lambakan iklan kerja kosong di KL ini, terselit juga kisah duka yang jarang diketahui ramai. Begitulah nasib seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang berani berhijrah ke ibu kota untuk mencari kerja, namun akhirnya menjadi mangsa samun sebaik tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Baca juga: Ibu Muda Gigih Hantar Makanan Sambil Bonceng Tiga […]

today27 October 2025

Famili

Nak Pergi Thailand Dalam Masa Terdekat? Rakyat Malaysia Disarankan Untuk Pakai Tiga Warna INI Sahaja

Peringatan untuk rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke Thailand dinasihatkan supaya mengenakan pakaian berwarna hitam, putih atau warna-warna gelap. Ini adalah sebagai tanda penghormatan susulan kemangkatan Permaisuri Sirikit, ibu kepada Raja Thailand kini, Raja Vajiralongkorn. Baca juga: Langit Biru, Istana Emas & Hidup Aman, Selamat Datang Ke Luxembourg…Negara Paling Kaya Di Dunia! NAK MELANCONG KE THAILAND DALAM MASA TERDEKAT? DISARANKAN UNTUK PAKAI BAJU WARNA GELAP Foto: freepik Menurut laporan, Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thailand–Asia Tenggara, Aida Oujeh, […]

today27 October 2025

Famili

Lindungi Mak Ayah Kita, Ini Cara Buat ‘Appointment’ & Pilih Lokasi Untuk Cucuk Vaksin Influenza Warga Emas

Bagi golongan warga emas, virus influenza boleh menjadi ancaman serius yang mengakibatkan komplikasi paru-paru, jantung, malah ada yang memerlukan rawatan rapi di hospital. Jadi, bagi mengekang masalah ini suntikan vaksin influenza amat diperlukan. Inilah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk golongan berisiko tinggi dan proses mendapatkan suntikan ini sangat mudah! Baca juga: Extra Joss BUKAN Untuk Kanak-Kanak, Ada Bahaya ‘Tersembunyi’ Boleh Buat Anak Ketagih! CARA BUAT ‘APPOINTMENT’ SUNTIK VAKSIN INFLUENZA UNTUK WARGA EMAS, ANAK-ANAK KENA PEKA! Program imunisasi […]

today27 October 2025

Famili

Tengku Hassanal Catat Sejarah Kerabat Diraja Pahang Pertama Jadi Anggota Elit PASKAU, Pangkat Mejar TUDM!

Suasana penuh dengan kebanggaan dan emosi menyelubungi Pantai Hiburan, Rompin apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyaksikan sendiri anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, ditauliah sebagai anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) pada Ahad (26 Oktober 2025). Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa teruja dan syukur atas pencapaian luar biasa itu malah menyifatkan hari bersejarah tersebut sebagai detik istimewa buat seluruh keluarga diraja Pahang! Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata […]

today27 October 2025

Famili

Pembantu Setiausaha Pejabat UTM Graduan PhD Cetus Inspirasi Ramai..Bawa Gelaran ‘Dr’

Siapa sangka, seorang pembantu setiausaha pejabat mampu menjejakkan kaki ke menara gading tertinggi hingga bergelar Doktor Falsafah (PhD)? Itulah kisah luar biasa Dr. Norliyana Zakaria, salah seorang staf di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang kini menjadi inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia! Baca juga: Kenali Cik Afzaa Fadini, Wanita Pintar & Anggun Iras ‘Pocahontas’ Yang Berjaya Tawan Hati Raja Muda Selangor BUKAN KALENG-KALENG, PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRADUAN PHD…ADA GELARAN DR! Perjalanan luar biasa Dr. Norliyana tular selepas dikongsi oleh pengguna media […]

today24 October 2025

Famili

Sekolah Hebat, Anak Cemerlang! Ini Top 8 Sekolah Rendah Terbaik Malaysia Untuk Permulaan Tahun 1

Tahun 2026 bakal jadi detik penting buat ramai ibu bapa terutamanya yang ada anak-anak akan melangkah ke Tahun 1! Pasti ramai yang sudah mula mencari sekolah rendah terbaik untuk memastikan permulaan pendidikan anak berjalan lancar, menyeronokkan dan seimbang. Pemilihan sekolah rendah bukan sekadar soal akademik semata-mata. Ibu bapa kini lebih bijak menilai aspek keseluruhan  termasuklah aktiviti kokurikulum, pembangunan sahsiah, kemudahan pembelajaran moden serta suasana pembelajaran yang positif. Baca juga: Senarai Sekolah Agama & Tahfiz Terbaik SPM 2024 Ikut Negeri Di […]

today24 October 2025