Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

d6a573bfca2b3ca3b061dcddf99f6ec1

146 Results / Page 13 of 17

Buletin

Feri Langkawi-Kuala Perlis dihentikan sepanjang PKPB

Alor Setar: Perkhidmatan feri keluar masuk antara Pulau Langkawi dan Kuala Perlis dihentikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok. Berikutan itu, hanya satu trip perjalanan pergi dan balik dari Kuala Kedah ke Langkawi akan beroperasi selama dua minggu. Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line Ventures (Ferry Line) Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata, jadual perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah beroperasi hanya pada 9.30 pagi (Rabu), […]

today12 January 2021

Buletin

Bukan lolos tapi dibebaskan | Harian Metro

Alor Setar: Polis Kedah menyangkal laporan yang tular di media sosial berkaitan dua suspek disyaki terbabit kes menembak anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 pada 12 November lalu meloloskan diri daripada tahanan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad ketika dihubungi, menafikan laporan berkenaan sebaliknya memaklumkan kedua-dua suspek dibebaskan kerana permohonan reman tidak dilanjutkan mahkamah. Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 January 2021

Buletin

Ajal ibu anggota bomba | Harian Metro

Gambar Ihsan Bomba Kulim: Ibu kepada seorang anggota Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang maut dalam kemalangan selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki bersama ahli keluarganya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan Saujana, Taman Saujana, Lunas, di sini, hari ini. Dalam kemalangan jam 8.40 malam itu, mangsa dipercayai tersepit dalam kenderaan itu sebelum disahkan meninggal dunia. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat... Klik untuk […]

today30 December 2020

Buletin

Kampung Malau banjir kilat | Harian Metro

Kubang Pasu: Hujan lebat sejak jam 3 petang tadi menyebabkan beberapa rumah di Kampung Malau, di sini, dinaiki air hampir 0.5 meter. Bagaimanapun air setakat ini mulai surut selepas hujan berhenti. Penduduk, Norazian Mohd Sobri, 21, berkata, dia berada di kedai runcit keluarganya ketika hujan lebat. Katanya, dia dan pekerjanya sempat mengangkat barangan apabila mendapati kawasan itu mula dinaiki air. "Ada juga barang yang tak sempat angkat dan basah akibat […]

today26 December 2020

Buletin

2 warga emas maut, cucu cedera kemalangan

Kulim: Pasangan suami isteri warga emas maut, manakala cucu lelaki mereka berusia empat tahun luka di kaki selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka kemalangan di Jalan Kulim - Serdang, berhampiran Kampung Badlishah, di sini, hari ini. Kejadian dipercayai berlaku 4 petang tadi membabitkan kereta yang dinaiki tiga mangsa berkenaan dengan sebuah kereta Proton Saga FL yang dinaiki pasangan suami isteri yang bertugas sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). […]

today21 December 2020

Buletin

Allahyarham Namat tegas tapi baik hati

Sungai Petani: "Arwah memang berhajat nak balik ke sini kerana dia lebih tenang tinggal di rumah sendiri, tetapi kami batalkan kerana keadaan kesihatannya, tetapi tidak sangka dia 'pulang' juga hari ini." Begitu kata Mohd Fadzlie Ramli, 39, menantu Allahyarham Datuk Namat Abdullah, 74, legenda bola sepak negara yang meninggal dunia akibat penyakit barah usus dan angin ahmar, petang semalam. Mohd Fadzlie berkata, dia percaya bapa mentuanya mahu pulang ke rumahnya […]

today18 December 2020

Buletin

Penjawat awam ditahan mengintai wanita dalam tandas

Sungai Petani: Penjawat awam ditahan polis kerana disyaki mengintai wanita dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Cinta Sayang, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan jam 5.20 petang hari ini ketika datang ke balai polis untuk membuat penafian berhubung laporan dibuat wanita berkenaan. Beliau berkata, bagaimanapun keterangan diberikan suspek agak meragukan dan dia ditahan untuk […]

today17 December 2020

Buletin

Lapan mangsa banjir kilat pindah ke PPS

Bandar Baharu: Lapan mangsa daripada tiga keluarga di Kampung Sungai Kechil Ulu, Mukim Bagan Samak dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu, di sini, malam ini, berikutan banjir kilat. Ini berikutan paras sungai meningkat setinggi 0.4 meter akibat hujan lebat sejak jam 3 petang tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, limpahan air berlaku akibat sampah yang memenuhi... […]

today16 December 2020

Buletin

Sanggup bergelut, elak ditahan AADK

Sungai Petani: Tiga lelaki dipercayai penagih dadah bertindak agresif apabila mengajak anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda bertumbuk dalam serbuan Op Cegah di Gurun, di sini, semalam. Dalam kejadian pada 6.15 petang, mereka berusia 24 hingga 26 tahun sanggup bertindak demikian ketika cuba ditahan pihak berkuasa. Ketua Pegawai AADK Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, berlaku pergelutan antara anggotanya dengan tiga lelaki berkenaan, namun mereka akhirnya... Klik […]

today14 December 2020