Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

d6a573bfca2b3ca3b061dcddf99f6ec1

146 Results / Page 16 of 17

Buletin

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh sungai

Jitra: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Korok, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.36 tengah hari tadi. Beliau berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Arizal Amir Hamzah dikejarkan... […]

today24 October 2020

Buletin

Larang tanam pokok ketum – polis

Alor Setar: Kerajaan negeri disyorkan melarang penanaman pokok ketum sebagai langkah membanteras kegiatan penyalahgunaan ketum yang semakin serius. Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya hanya boleh mengesyorkan cadangan itu dan terpulang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan mengikut Kanun Tanah Negara atau sebaliknya. Katanya, sebagai permulaan polis sedia bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi menebang pokok ketum di kawasan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 October 2020

Buletin

Waspada kepala air di 18 lokasi

Alor Setar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengenal pasti 18 lokasi pusat peranginan di negeri ini yang kerap berlakunya fenomena kepala air. Antara kawasan terbabit adalah air terjun Junjung di Kulim, Pusat Rekreasi Tupah di Merbok Sungai Petani; Air Terjun Batu Hampar di Yan serta Air Terjun Temurun, Jalan Datai; Hutan Lipur Lubuk Semilang dan Air Terjun Telaga Tujuh di Langkawi. Selain itu, Hutan Lipur Puncak Janing di […]

today15 October 2020

Buletin

Mengantuk, anggota bomba maut kemalangan

Sungai Petani: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Pulau Pinang, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 98.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Petani dekat sini, malam tadi. Pada kejadian 9 malam itu, mangsa, Pegawai Bomba Mohd Nor Faisal Ani, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal dari... […]

today14 October 2020

Buletin

Sempat baham itik awal pagi

Padang Terap: Seekor ular sawa ditemui kekenyangan selepas berjaya menelan dua ekor itik sebelum ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.49 pagi oleh seorang pemanggil di kuarters Jabatan Hutan, Pokok Sena. Beliau berkata, empat anggotanya bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 8.09 pagi untuk menangkap reptilia berkenaan. "Sebaik tiba di lokasi, […]

today12 October 2020

Buletin

Lelaki disyaki bunuh rakan wanita disambung reman

Jitra: Lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman disambung reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian itu. Menurutnya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dalam kejadian 3 Oktober lalu, seorang wanita ditemui terbaring di ruang tamu sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri disyaki... Klik untuk […]

today11 October 2020

Buletin

Penyangak curi kabel elektrik ditahan

Kulim: Kes kecurian kabel elektrik di kawasan kilang Jalan Hi Tech 13, Zon Industri Fasa 3, Mukim Padang Cina di sini, kelmarin terbongkar susulan penahanan tiga lelaki, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kabel elektrik itu disedari hilang pada 9 malam, 8 Oktober lalu dengan kerugian dianggarkan bernilai lebih RM10,000. Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 40-an yang juga sub kontraktor untuk […]

today9 October 2020

Buletin

Lima Geng Fizi terbabit rompakan RM2 juta ditahan

Sungai Petani: Polis menahan lima ahli Geng Fizi termasuk dua beranak yang terbabit dalam kes pecah rumah di Bandar Utama di sini, yang mengakibatkan kerugian RM2 juta bulan lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata kesemua suspek ditahan antara 19 September hingga 1 Oktober lalu, sekitar Kupang dan Bukit Selambau, Kedah serta di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Jelasnya, semua suspek lelaki berusia antara 26 hingga […]

today4 October 2020

Buletin

Lima Geng Fizi terbabit rompakan RM2 juta ditahan [METROTV]

Sungai Petani: Polis menahan lima ahli Geng Fizi termasuk dua beranak yang terbabit dalam kes pecah rumah di Bandar Utama di sini, yang mengakibatkan kerugian RM2 juta bulan lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata kesemua suspek ditahan antara 19 September hingga 1 Oktober lalu, sekitar Kupang dan Bukit Selambau, Kedah serta di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Jelasnya, semua suspek lelaki berusia antara 26 hingga […]

today4 October 2020