Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

e5e253ec2595cb445acdd307be5cb692

44 Results / Page 5 of 5

Buletin

SAR belum temui petunjuk keberadaan Ukai Iskandar

Jerantut: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang hilang, semalam selepas dihanyutkan banjir di Kampung Gintong, Tebing Tinggi di sini belum menemui sebarang petunjuk. Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan berkata, SAR mengesan mangsa, Ukai Iskandar Zulkarnain, 23, disambung semula 9 pagi hari ini, yang turut dibantu penduduk kampung, menggunakan dua bot fiber. Terdahulu katanya, mayat bapa Ukai Iskandar, Zulkarnain Hitam, 58,... Klik untuk baca […]

today4 January 2021

Buletin

Pilunya lihat ibu mati di depan mata

Bentong: Pilunya hati seorang kanak-kanak apabila melihat ibunya tersepit di dalam kereta sebelum meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 3, Jalan Bentong-Raub, hari ini. Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa S Puganeswari, 42, meninggal dunia serta-merta di dalam kereta Perodua Myvi dipandunya manakala anaknya yang berusia 11 tahun tidak cedera. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati sebuah... Klik untuk baca […]

today28 December 2020

Buletin

Tanah runtuh, jalan ditutup | Harian Metro

Raub: Jalan Tranum ke Gap ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah dan bongkah batu besar runtuh di kawasan Bukit Telaga, 6 pagi hari ini. Dalam kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub dan Roadcare (M) Sdn Bhd, kejadian pertama berlaku dua hari lalu dimana pokok tumbang dan tanah runtuh. "Hari ini berlaku runtuhan susulan kali kedua pada awal pagi ini melibatkan bongkah batu besar yang jatuh sekali dengan tanah runtuh . […]

today21 December 2020

Buletin

Misteri ketuk pintu, bau busuk di Jerantut

Jerantut: Misteri ketukan pintu, kini menular ke Jerantut apabila kejadian terbaru berlaku di kampung Paya Embun dan kampung Perias, dekat sini. Penduduk kampung Paya Embun, Suhaila Mohamed, 35, berkata, pada 7.35 malam, semalam, dia berada dalam bilik bersama dua anak manakala seorang anak perempuan berada di ruang tamu menonton televisyen. "Tiba-tiba saya terdengar bunyi ketukan kuat pada pintu dan anak yang berada di ruang tamu ingin membukanya tetpi saya melarang […]

today13 December 2020

Buletin

Paras air meningkat, restoran terapung henti operasi

Jerantut: Penduduk di Kuala Tahan di sini, khususnya penggiat pelancongan Taman Negara kini mula bersiap sedia apabila paras air Sungai Tembeling mula naik sejak awal pagi hari ini. Keadaan itu menyebabkan sebahagian besar pengusaha restoran terapung di Taman Negara, Kuala Tahan menghentikan operasi masing-masing sebagai persediaan menghadapi ancaman banjir apabila hujan tidak berhenti henti sejak semalam. Sebelum ini, restoran terapung berkenaan menjadi tarikan utama pelancong kerana dapat... Klik untuk baca […]

today28 November 2020

Buletin

Mangsa banjir di Raub meningkat

Raub: Jumlah penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub meningkat kepada 99 mangsa, hari ini. Ketua Zon 3 Pahang, ShahrulnizamNasir berkata, semua mangsa ditempatkan di tujuh PPS dan dibantu petugas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). "Proses pemindahan membabitkan 26 keluarga itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Raub dan polis. "Antara PPS beroperasi ketika ini ialah Balairaya... Klik untuk […]

today23 November 2020

Buletin

Cuti anggota, pegawai bomba ikut keperluan

Maran: Cuti 15,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seluruh negara akan dibekukan mengikut keperluan bergantung kepada keadaan musim tengkujuh yang berlaku. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, (KPKT) Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, setakat ini pegawai dan anggota bomba seluruh negara belum dibekukan cuti dan memberi kelonggaran kepada mereka untuk bercuti atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Menurutnya, bagaimanapun mereka... Klik untuk baca artikel […]

today22 November 2020

Buletin

‘Terima kasih botakkan mereka’ | Harian Metro

Jerantut: Jerantut Barber Conection (JBC) bergabung tenaga mengadakan program gunting rambut percuma kepada 45 pelajar di Pusat Tahfiz Madrasah An Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyyah (MALDI) Pulau Tawar, di sini, hari ini. Pengerusi JBC, Mohd Yousman Mustaffa berkata, JBC membabitkan lapan pemilik kedai gunting rambut di daerah ini dan program berkenaan adalah sumbangan amal kepada pelajar terbabit yang sukar keluar ke bandar Jerantut. "Seramai 12 tukang gunting dari lapan kedai terbabit... […]

today31 October 2020

No more entries