Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

eb5f3be0a8a399762e7d2feb8178dede

28 Results / Page 3 of 4

Buletin

Panjat runtuhan, berjalan 2 km ke kawasan selamat

Kuala Lumpur: Mendaki runtuhan tanah dan sebahagiannya terpaksa berjalan lebih dua kilometer untuk keluar ke kawasan selamat. Itu pengalaman ngeri terpaksa dilalui 39 individu yang terperangkap dalam runtuhan tanah yang dilaporkan berlaku di Bukit Fraser, dekat sini, semalam. Berkongsi detik cemas itu, Pegawai Sukarela Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur, Hishamudin Salleh berkata, runtuhan tanah itu berlaku ketika dia dan keluarganya dalam perjalanan keluar daripada pusat... Klik untuk baca artikel […]

today4 January 2021

Buletin

Jawatankuasa khas kaji semula laporan ERC ditubuhkan

Kuala Lumpur: Satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) mengenai urusan memperbaiki pilihan raya di negara ini akan ditubuhkan kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. "ERC menjalankan kajian lebih dua tahun dan selesai pada awal Ogos lalu. "Perdana... Klik untuk baca artikel […]

today14 December 2020

Buletin

Industri pelancongan tempatan dijangka rugi RM100 bilion

Kuala Lumpur: Kerajaan menjangka kerugian RM100 bilion untuk industri pelancongan tempatan tahun ini selepas berlaku gelombang ketiga Covid-19. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bagi membantu meringankan impak penularan wabak Covid-19 terhadap penggiat industri dan seterusnya memulihkan industri pelancongan tempatan, kerajaan mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today14 December 2020

Buletin

403 kompaun, 9 direman kerana ingkar

Kuala Lumpur: Sejumlah 412 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan 403 orang daripadanya dikompaun dan sembilan individu direman. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan dilakukan termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (135), aktiviti pusat hiburan (113) dan tidak memakai pelitup muka (64). "Seramai 59 individu melakukan kesalahan gagal menyediakan peralatan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 December 2020

Buletin

Moratorium tersedia untuk semua yang terkesan

Kuala Lumpur: Lebih 700,000 permohonan diterima Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan melalui program lanjutan moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman bermula Oktober lalu. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu sebanyak 98 peratus peminjam menerima bantuan moratorium. "YB (Yang Berhormat) Pekan, Pontian, Port Dickson, Bagan Datuk, Arau, Kota Melaka, Pasir Gudang, Pasir Salak, Jerlun dan Labuan mencadangkan supaya kerajaan... Klik untuk baca artikel […]

today26 November 2020

Buletin

Hampir 50,000 penuntut IPT memiliki perniagaan

Kuala Lumpur: Seramai 49,983 penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) didapati menjalankan perniagaan dalam tempoh pengajian. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, daripada jumlah itu seramai 7,148 graduan masih meneruskan kerjaya mereka sebagai usahawan selepas tamat pengajian. "Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa komited dalam memastikan pendidikan tinggi negara berupaya melahirkan graduan IPT yang holistik dan seimbang daripada aspek ilmu dan akhlak,... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 November 2020

Buletin

Tempoh kuarantin kendiri Perdana Menteri tamat

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tamat tempoh kuarantin kendiri semalam selepas ujian saringan pengesanan Covid-19 sampel kedua beliau disahkan negatif. Pejabat Perdana Menteri menerusi hantaran terbaru di Facebook berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan ujian saringan kedua pada 14 Oktober mengesahkan ia negatif keesokan harinya. "Sehubungan itu, Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 Perdana Menteri... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 October 2020

Buletin

Pencemaran air: Pemilik ladang dan kilang akan didakwa

Kuala Lumpur: Beberapa pemilik ladang ternakan dan kilang di kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan yang dikenal pasti punca pencemaran air di Sungai Semenyih dan Sungai Langat akan didakwa dalam masa terdekat. Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, pihaknya dengan kerjasama beberapa agensi lain sedang menyiapkan kertas siasatan untuk membawa mereka ke muka pengadilan selepas didapati menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA)... […]

today5 October 2020

Buletin

Ebit tangguh sewa bas hantar penuntut IPT pulang kampung

Kuala Lumpur: Pendakwah terkenal, Ebit Lew terpaksa menangguhkan 20 bas yang disewa khas untuk penghantaran penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkandas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Penangguhan itu berikutan dia perlu mendapat kelulusan pentadbiran IPT terlebih dulu. Ebit turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di laman sosial rasminya, hari ini. "Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI... Klik untuk baca artikel […]

today4 October 2020