Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

f9bf2fab1e7887209653163be3e5840f

126 Results / Page 10 of 14

Buletin

Warganet diminta berhemah dalam memberi komen

Kuala Lumpur: Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) menasihati netizen lebih berhemah ketika memberi komen kepada pemimpin negara di dalam media sosial. Presiden PINTAR, Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, netizen perlu diberi nasihat dan peringatan dalam memberikan komen di media sosial terutama dalam keadaan negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. "Kita harus membuat refleksi terhadap pandemik Covid-19 yang mana ia bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi... Klik […]

today9 February 2021

Buletin

Masih ramai yang ingkar berbasikal secara berkumpulan

Kuala Lumpur: Polis tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan kompaun kepada mereka yang melanggar arahan berbasikal secara berkumpulan di daerah ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), orang ramai adalah dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP aktiviti... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today7 February 2021

Buletin

Polis bantu cepatkan pergerakan | Harian Metro

Kuala Lumpur: Polis bantu cepatkan pergerakan dan semua pegawai serta anggota terbabit adalah berbangsa India. Itu penjelasan diberikan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berhubung penularan video di media sosial mengenai bantuan penugasan polis ketika kawalan pergerakan membawa pedati sempena sambutan Thaipusam 2021. Menurutnya, hasil semakan dilakukan pihaknya mendapati video itu dirakam ketika polis membantu mempercepatkan pergerakan arca selepas... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today28 January 2021

Buletin

Penunggang motosikal kekal paling tinggi kemalangan

Kuala Lumpur: Pekerja khidmat penghantaran antara penyumbang kemalangan membabitkan penunggang motosikal yang kekal tinggi direkodkan berbanding kenderaan lain sepanjang tahun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, sebanyak 418,237 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang tahun lalu berbanding 567, 516 kes pada 2019. "Tahun lalu kes kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 4,634 kes berbanding 6,167 kes pada... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today27 January 2021

Buletin

PKPD di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan ditamatkan

Kuala Lumpur: Kerajaan akan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi di Johor dan Negeri Sembilan. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ditamatkan membabitkan Pusat Koreksional Johor Bahru, kuarters kakitangan Batu 19, Jalan Ulu Choh-Pontian, asrama pekerja Westlite 1 dan Westlite 2, Senai di Johor. Lokasi lain ialah Penjara Jelebu dan kuarters kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan. Menurutnya, kerajaan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today23 January 2021

Buletin

Institusi pendidikan KPM di Kelantan, Sibu ikut operasi PKP

Kuala Lumpur: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kelantan dan Sibu, Sarawak diminta mengikut ketetapan yang dibuat bagi pengoperasian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia susulan pelaksanaan PKP berkuat kuasa esok di negeri itu dan Sibu. "Oleh itu, semua institusi pendidikan bawah KPM di Kelantan dan Sibu hendaklah mengikut ketetapan yang dibuat bagi pengoperasian institusi pendidikan di... Klik […]

today15 January 2021

Buletin

Prihatin BPB bantu mangsa banjir di Johor

Johor Bahru: Syarikat pemaju hartanah, Boustead Properties Berhad (BPB) tampil membantu mangsa bencana banjir yang melanda Johor baru-baru ini. Boustead Properties bersama anak syarikatnya, Mutiara Rini Sdn Bhd menderma RM20,000 menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Sumbangan disampaikan kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat, PBSM, Datuk Rashidi Md Nor, di Johor. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Izaddeen Daud... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today15 January 2021

Buletin

Kajian klinikal vaksin Covid-19 mula 21 Januari ini

Kuala Lumpur: Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin Covid-19 akan bermula pada 21 Januari ini di sembilan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal (Clinical Research Centre-CRC) masing-masing. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian klinikal yang pertama dilakukan di Malaysia ini dijangka akan membabitkan seramai 3,000 sukarelawan. Menurutnya, Malaysia bakal menjadi negara pertama di luar China untuk kajian calon vaksin... Klik untuk […]

today15 January 2021

Buletin

Akaun twitter SKMM diceroboh | Harian Metro

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan akaun Twitter rasmi suruhanjaya itu, @SKMM_MCMC diceroboh pihak yang tidak bertanggungjawab. SKMM dalam kenyataannya berkata, susulan itu, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan digantung buat sementara waktu. "Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang dimuat naik melalui akaun berkenaan, yang bukan dikeluarkan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today12 January 2021