Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

f9bf2fab1e7887209653163be3e5840f

126 Results / Page 13 of 14

Buletin

Kanak-kanak Myanmar dikhuatiri lemas | Harian Metro

Ampang: Kanak-kanak lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar berhampiran parkir Smart Safe, Hospital Ampang Puteri, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang , Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam jam 5.30 petang memaklumkan seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang besar. Menurutnya, sepasukan polis dikejar ke tempat kejadian dan usaha menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan bomba... Klik untuk baca […]

today13 November 2020

Buletin

Pengedar dadah patah kaki, tulang belakang

Gambar hiasan Petaling Jaya: Pengedar dadah patah kaki dan tulang belakang selepas terjun dari flat di Pelangi Damansara, di sini, ketika cuba melarikan diri daripada polis semalam. Dalam kejadian jam 8 malam itu, sepasukan polis dari Balai Polis Damansara sedang membuat pemantauan di sekitar flat terbabit terlihat lelaki berusia 24 tahun dalam keadaan mencurigakan memegang beg galas di kaki lima tingkat atas kediaman itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, […]

today13 November 2020

Buletin

6 pelacur warga asing ditahan

Serdang: Enam wanita warga asing dipercayai pelacur ditahan dalam serbuan polis di pusat urut di Bandar Puchong Jaya, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang membuat serbuan di premis itu jam 10.20 malam hasil maklumat dan risikan. Menurutnya, lelaki yang bekerja sebagai penjaga kaunter dan enam tukang […]

today10 November 2020

Buletin

Covid-19: Enam kluster baharu dikesan

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kluster baharu Covid-19 di Sabah, Lembah Klang, Putrajaya dan Johor, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster baharu itu adalah Kluster Nahaba, Kluster Numbak, Kluster Perigi, Kluster Seri Terapi, Kluster Padang dan Kluster Harmoni. Menurutnya, Kluster Nahaba membabitkan daerah Kota Belud di Sabah yang mana kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-35,808 dikenal pasti […]

today9 November 2020

Buletin

Cerminan Belanjawan prihatin – Lam Thye

Kuala Lumpur: Belanjawan 2021 dengan peruntukan RM322.5 bilion adalah cerminan belanjawan yang prihatin dan bertumpu pada rakyat yang memerlukannya dalam keadaan pandemik Covid 19 dan krisis ekonomi yang dihadapi oleh negara ini. Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, belanjawan seperti itu diperlukan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, peniaga dan perniagaan kecil yang menghadapi masalah kewangan malah ia... Klik untuk baca artikel […]

today7 November 2020

Buletin

Terima kasih kerajaan – Cuepacs

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan yang memberi Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Presiden Cuecpas Adnan Mat berkata, pihaknya bersyukur dan menyifatkan ia langkah kerajaan itu amat bersesuaian dengan situasi negara ketika ini yang menghadapi pandemik Covid-19. "Lebih istimewa apabila petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberikan pemberian one-off ... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today6 November 2020

Buletin

Alvin ditahan mengikut POCA pula

Kuala Lumpur: Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, 32, yang juga sebagai suspek utama kes pengubahan wang haram dan judi dalam talian yang ditahan reman tiga hari sebelum ini ditahan semula mengikut mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek ditahan mengikut POCA selepas tempoh remannya membabitkan Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka […]

today30 October 2020

Buletin

Kementerian Luar Negeri panggil wakil Kedutaan Perancis

Kuala Lumpur: Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Perancis di Kuala Lumpur dipanggil ke Kementerian Luar Negeri, hari ini. Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, ia bagi menyatakan kegusaran Malaysia terhadap peningkatan ketegangan, ucapan berunsur kebencian dan fitnah terhadap Islam. Menurutnya, Malaysia berpendapat ketegangan itu tidak akan membolehkan kehidupan bersama secara aman dengan semua agama. "Semasa pertemuan itu, Kementerian Luar Negeri mengulangi pendirian Malaysia... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today28 October 2020

Buletin

Jemaah Menteri akan bincang titah Agong

Kuala Lumpur: Jemaah Menteri akan berbincang lebih lanjut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah mengenai tiada keperluan buat masa ini mengisytiharkan darurat. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kabinet mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat Al-Sultan Abdullah bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia. Menurutnya, Kabinet akan berbincang... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today25 October 2020