BCWA sasar dana RM100,000 menerusi Pink Swing Charity Golf
Kuala Lumpur: Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) menyasarkan kutipan dana RM100,000 menerusi Pink Swing Charity Golf 2026 sempena sambutan ulang tahun ke-40 pertubuhan itu, yang diharap dapat membantu meneruskan pelbagai khidmat sokongan percuma kepada pesakit kanser payudara dan keluarga mereka.