Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Siti

224 Results / Page 5 of 25

Famili

Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Tidak Lama Lagi, Kawasan Pantai Timur Perlu Berwaspada

Musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025–2026 dijangka akan bermula tidak lama lagi, dengan ramalan antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan yang bakal melanda. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Ambun Dindang, fasa awal MTL kali ini dijangka membawa hujan lebat yang memberi kesan ketara kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, khususnya Kelantan dan Terengganu, bermula  pertengahan November hingga Disember. Baca juga: Lambai Tangan Terus Lepas! Polis Bongkar Taktik Lama Rakyat Malaysia, Masuk Thailand Tanpa Dokumen […]

today10 November 2025

Famili

Bila Ubat Diabetes Jadi ‘Pen Kurus’ Zaman Sekarang, Viral 1 Dunia Tapi Bahayanya Ramai Tak Sedar!

Beberapa tahun kebelakangan ini, dunia menyaksikan satu fenomena luar biasa di mana ubat diabetes seperti Ozempic dan Mounjaro kini menjadi ‘ubat kurus’ dan simbol gaya hidup moden untuk mendapatkan tubuh langsing dengan cara paling cepat. Pada asalnya, kedua-dua ubat ini dicipta untuk membantu pesakit mengawal paras gula dalam darah namun lain pula yang jadi sekarang. Baca juga: Wanita Masuk ICU Lepas Makan Anggur Shine Muscat… Terus Alami Sakit Kepala, Batuk & Badan Lemah UBAT DIABETES JADI TREND, RAMAI CUCUK UNTUK […]

today10 November 2025

Famili

17 Ekor Lembu Mati Termakan Rumput Tercemar Bahan Kimia, Penternak Rugi Hampir RM50,000

Seorang penternak dari Taman Tronoh Baru, Perak berdepan detik menyayat hati apabila 17 ekor lembu mati dipercayai akibat memakan rumput yang tercemar dengan bahan kimia berbahaya. Penternak terbabit, R. Nithiananthan, 38, berkata kejadian itu disedarinya pada 5 November lalu ketika dia mendapati sebahagian besar lembunya mati berhampiran kolam dan parit di kawasan ragutan yang sering digunakan. Baca juga: Lambai Tangan Terus Lepas! Polis Bongkar Taktik Lama Rakyat Malaysia, Masuk Thailand Tanpa Dokumen Sah 17 EKOR LEMBU MATI TERMAKAN RUMPUT TERCEMAR […]

today10 November 2025

Famili

Pelajar OKU Dari Besut Harumkan Nama Malaysia, Menang 2 Pingat Emas Di Korea Selatan

Seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif Kampung Raja, Terengganu, berjaya mengharumkan nama negara selepas meraih dua pingat emas dalam pertandingan Global IT Challenge (GITC) for Youth with Disabilities 2025 yang berlangsung di Korea Selatan, baru-baru ini. Baca juga: Dr Amalina Berjaya Raih PhD Dari Imperial College London, Umur 38 & Ibu Anak Dua Bukan Penghalang! PELAJAR ORANG KURANG UPAYA HARUMKAN NAMA DI KOREA SELATAN Pelajar berusia 14 tahun, Muhammad Thaqif Muhammad Zharif, yang mempunyai […]

today10 November 2025

Famili

Lambai Tangan Terus Lepas! Polis Bongkar Taktik Lama Rakyat Malaysia, Masuk Thailand Tanpa Dokumen Sah

Polis Kelantan berjaya membongkar taktik lama yang masih diamalkan segelintir rakyat Malaysia, termasuk penjawat awam, untuk keluar masuk ke pintu Thailand tanpa dokumen sah hanya dengan melambaikan tangan di pusat pemeriksaan sempadan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perbuatan tersebut sudah berlaku sekian lama, terutama di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di mana ada individu yang menggunakan ‘lorong VIP’ untuk melepasi sempadan tanpa pemeriksaan sewajarnya. Baca juga: Wanita Masuk ICU Lepas Makan Anggur Shine […]

today7 November 2025

Famili

Wanita Masuk ICU Lepas Makan Anggur Shine Muscat… Terus Alami Sakit Kepala, Batuk & Badan Lemah

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang wanita dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital selepas makan buah anggur shine muscat. Wanita itu dilaporkan mengalami simptom seperti sakit kepala, batuk berterusan, sesak nafas dan keletihan selepas memakan buah berkenaan. Baca juga: “Jaga Anak Autism Memang Ujian Sepanjang Hayat” Ibu Dedah Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu MASUK ICU LEPAS MAKAN BUAH ANGGUR SHINE MUSCAT, JAGA-JAGA “Mak cik sebelah katil saya di wad baru sahaja keluar dari ICU dua […]

today7 November 2025

Famili

Jadual Penuh Peperiksaan Bertulis STAM 2025 Diumumkan, Bermula 12 Hingga 24 November

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual peperiksaan STAM 2025 yang akan berlangsung dari 12 hingga 24 November 2025. Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia itu akan berlangsung selama hampir dua minggu itu akan melibatkan 10 mata pelajaran utama yang dijalankan di seluruh negara. Baca juga: KPM Umum Kalendar Akademik & Cuti Sekolah 2026, Sesi Persekolahan Kembali Bulan Januari JADUAL PEPERIKSAAN STAM 2025 BERMULA 12 NOVEMBER INI Calon dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan seawal jam 7.45 pagi bagi sesi pagi dan […]

today7 November 2025

Famili

“Jaga Anak Autism Memang Ujian Sepanjang Hayat” Ibu Dedah Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Cabaran jaga anak autism bukan sekadar memerlukan kesabaran luar biasa, tetapi juga ketahanan mental dan fizikal yang berpanjangan. Bagi sesetengah ibu bapa, tugas ini boleh disamakan seperti menjaga ibu bapa yang menghidap Alzheimer atau demensia kerana tahap kesukarannya hampir sama, cuma tempohnya jauh lebih panjang. CABARAN JAGA ANAK AUTISM, BUKAN SEKADAR PENAT FIZIKAL Bezanya, bagi anak-anak autism, ibu bapa perlu berhadapan dengan keadaan ini sepanjang hayat anak tersebut. Dari kecil hingga dewasa, tanggungjawab itu tidak pernah berhenti. Mereka bukan sahaja […]

today6 November 2025

Famili

Pakar Kesihatan Jelaskan Kenapa Serangan Strok Selalu Jadi Waktu Pagi, Kena Buat Macam Ini Bila Bangun

Ramai tidak menyedari bahawa serangan strok lebih kerap berlaku pada waktu pagi terutamanya antara jam 6 pagi hingga 12 tengah hari. Fenomena ini bukan kebetulan semata-mata, sebaliknya berkait rapat dengan perubahan fisiologi tubuh manusia sebaik sahaja bangun tidur. Menurut pakar perubatan, waktu pagi adalah masa di mana tekanan darah dan kadar hormon stres seperti kortisol meningkat secara semula jadi bagi mempersiapkan tubuh untuk aktif selepas berehat sepanjang malam. Baca juga: Doktor Cerita 3 Hal INI Sering Bermain Di Bibir Pesakit Sebelum […]

today6 November 2025