Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @rcshidahmohd, kelihatan anak buahnya itu ditahan dan ditegur oleh seorang pegawai keselamatan di sebuah lokasi kerana tidak memakai mask.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila kanak-kanak itu tertunduk kaku dan hanya mendiamkan diri sepanjang diperhatikan oleh pegawai itu seolah-olah tahu dia bersalah.
Lebih melucukan lagi, dia siap memegang palang besi di belakangnya sambil memandang ke arah lantai kononnya seperti berada di dalam penjara. Gelagatnya itu membuatkan pegawai keselamatan tersebut turut ketawa kecil.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: