Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Automechanika KL 2025 fokus peralihan tenaga

today15 May 2025

Background


KUALA LUMPUR Pameran perdagangan automotif berprestij, Automechanika Kuala Lumpur 2025 (AMKL2025) membuka tirai hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dengan penyertaan 311 pempamer dari 21 negara.

Diadakan selama tiga hari sehingga 17 Mei, pameran tahun ini diperluaskan kepada enam dewan, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat serta minat mendalam terhadap sektor automotif Malaysia, mengambil peluang daripada kepengerusian ASEAN 2025 untuk menonjolkan peranan negara sebagai peneraju pembangunan automotif serantau.

Ia mempamerkan pelbagai jenis kenderaan termasuk model pasaran domestik Jepun (JDM), kereta klasik dan kereta modifikasi audio. Gabungan elemen perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan pengguna ini memberikan gambaran holistik terhadap industri yang semakin matang.

Antara jenama terkemuka yang mengambil bahagian termasuk Alienworld, Areon, Emerald, EV Connection, Kineta, Hans Tools, King Hup Motors, Rimbunan Kuasa, Launch, OBD, Schmaco, TecAlliance,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Harga pecat Amorim RM76 juta

Manchester, United Kingdom: Jumlah pampasan perlu dibayar Manchester United sekiranya mereka memecat pengurus Ruben Amorim selepas final Liga Europa minggu depan amat mengejutkan.

today15 May 2025