Site icon Kool FM

Aveta lancar tiga model motosikal baharu


PETALING JAYA – Aveta Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran motosikal tempatan dengan melancarkan tiga model baharu iaitu VS115 V3, Serra 125 dan Nova 200.

Pelancaran model baharu ini sekali gus menegaskan komitmennya untuk menghasilkan produk yang dibentuk berdasarkan keperluan sebenar penunggang serta evolusi pasaran yang sentiasa berkembang.

Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata, segala yang dilakukan di Aveta dibina berasaskan suara pelanggan.

Menurutnya, ketiga-tiga model baharu ini bukan sekadar penambahbaikan, tetapi merupakan respons hasil kajian terhadap apa yang benar-benar diinginkan oleh para penunggang.

“Kami melangkah setapak lagi ke hadapan dengan tiga model utama, dua daripadanya mencerminkan penambahbaikan berdasarkan maklum balas sebenar pelanggan.

“Manakala satu lagi menandakan kemasukan kami ke dalam segmen baharu serta mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam pasaran skuter,” katanya ketika majlis pelancaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version