Kool FM

Avis Malaysia tambah EV ke dalam armada kereta sewa


PETALING JAYA – Avis Malaysia mengumumkan kerjasama strategik dengan pemimpin industri seperti Audi, Modenas, GWM, BYD, CAM, CAF dan banyak lagi untuk merintis perkhidmatan pemajakan kereta elektrik (EV) hujung ke hujung.

Kolaborasi tersebut akan meningkatkan akses kepada kenderaan elektrik dan penyelesaian pengecasan pintar bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pilihan pengangkutan yang lebih mampan di Malaysia.

Ia meliputi pelbagai jenis kenderaan elektrik, termasuk basikal elektrik, van elektrik dan EV.

Pelanggan boleh memajak model EV pilihan mereka melalui pakej pajakan komprehensif yang disesuaikan dengan keperluan mereka. Selain itu, pemegang kad Ambank boleh menikmati kemudahan tambahan dengan ansuran pelan pembayaran untuk pakej pajakan EV.

Antara model EV yang sedia untuk disewa.

Ketua Pegawai Eksekutif Avis Malaysia, Mohd. Syahrul Yusuf berkata, pihaknya teruja untuk membuka program pemajakan EV kepada pelanggan baharu.

“Kami mahu memimpin daripada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version