
Veteran tentera Amerika Syarikat (AS), Thomas Doherty, meluahkan rasa kagum terhadap perkembangan pesat infrastruktur dan kemudahan di Malaysia, selain mengimbau kenangan manis menikmati hidangan di cawangan restoran makanan segera ikonik, A&W.
Menerusi hantaran X.com @dohertytjp, Thomas yang juga seorang peguam dan pernah terlibat dalam pelbagai program bantuan kemanusiaan antarabangsa, berkongsi pandangannya mengenai tarikan unik negara ini.
Menurutnya, jenama minuman Root Beer A&W kelihatan mempunyai populariti yang lebih tinggi di Malaysia berbanding di tanah airnya sendiri di AS.
“A&W Root Beer mungkin lebih popular di Malaysia daripada Amerika Syarikat. Saya menikmati minuman root beer buat kali pertama selepas bertahun-tahun, dan ia benar-benar mengimbau kenangan zaman kanak-kanak saya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai restoran makanan segera berkenaan, Doherty mengesahkan bahawa beliau pernah berkunjung dan menikmati hidangan ayam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: