Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Awak Sentiasa Di Sisi Semasa Saya Kemurungan Lepas Bersalin

today15 June 2025

Background
‘Anak Kita Sangat Bertuah Kerana Memiliki Awak Sebagai Bapanya’


Bersempena sambutan Hari Bapa, pempengaruh, Dahlia Rizal menitipkan ucapan istimewa kepada suami, aktor, Imran Aqil.

Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Selamat Bersalin Caesar, Bayi Perempuan Seberat 2.85kg

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Luang Masa Berdua Sebelum Bergelar ‘Ayah’, Imran Luah Rasa Sayang Pada Dahlia – ‘Setiap Hari Saya Jatuh Cinta’

Ucapan hari bapa

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Dahlia mengucapkan terima kasih kepada Imran kerana sentiasa ada bersamanya ketika mengharungi saat-saat sukar terutama selepas melahirkan anak sulung.

Happy father’s day Baba (panggilan Imran). Terima kasih sayang kerana sentiasa berada di sisi saya semasa saya kemurungan selepas bersalin.

Saya masih melalui tempoh itu dan mungkin saya tidak dapat harunginya dengan baik tanpa sokongan awak, sayang.

Pada hantaran sama, Dahli juga mengenang jasa Imran yang banyak membantu menjaga dan menguruskan anak mereka.

Terima kasih untuk semua…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post