Suasana tenang di Kecamatan Gaung, Kabupaten Indragiri Hilir, Riau, Indonesia tiba-tiba digemparkan dengan kejadian tragis apabila seorang ayah bertindak bunuh kekasih anaknya, lapor Oke Zone.
Kejadian ini berpunca daripada perasaan berang pelaku iaitu seorang ayah berusia 30 tahun yang merasakan anak perempuannya dipermainkan oleh mangsa.
Pada petang 24 Jun 2024, mangsa berada di rumah tiba-tiba dikejar oleh pelaku yang membawa parang.
Ibu mangsa yang menyaksikan kejadian itu melihat anaknya ditetak di kaki.
Dia yang dalam keadaan terkejut bertanya kepada pelaku kenapa dia melakukan kekejaman sebegitu dan merayu supaya berhenti.
Namun, pelaku tidak mempedulikan permintaan ini dan terus menyerang mangsa yang sudah tidak berdaya.
Tetakan terakhir di leher mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.
Ibu mangsa yang cuba menyelamatkan anaknya turut dikejar pelaku dengan parang.
Dia berjaya melarikan diri dan meminta bantuan daripada penduduk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: