Site icon Kool FM

Ayah Menangis Terharu Selepas Berjaya Kumpul RM400 Bayar Hutang PIBG


Seorang bapa bernama Khairul, berusia 44 tahun, telah menarik perhatian netizen menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @fs79076.

Khairul, yang menghidap penyakit gout kronik, telah berhenti bekerja untuk menjaga kesihatannya. Namun, dia tidak menyerah dan memilih untuk mencari rezeki dengan menjual kuih putu mayam setiap hari di Seksyen 3, Shah Alam.

Dalam video tersebut, Khairul mengungkapkan rasa haru dan sedihnya kerana tidak mampu melunaskan yuran Persatuan Ibu dan Guru (PIBG) sekolah anaknya.

Dia merasa terharu ketika ada individu yang membantu menghabiskan jualannya pada hari tersebut.

Perasaan sedih Khairul semakin terasa ketika anaknya meminta duit untuk bayaran sekolah, serta pihak sekolah mengingatkannya akan hutang PIBG yang belum dibayar.

Khairul juga menyatakan keinginannya untuk menjalani pembedahan untuk sakit goutnya, tetapi terpaksa menangguhkan demi mencari rezeki untuk keluarganya.

Reaksi masyarakat terhadap kisah Khairul sangat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version