Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

#AyamBersamaMu: Kanak-kanak Rumah Penyayang Darul Ilmi berbuka bersama Ayam Brand

today12 March 2026

Background


PETALING JAYA – Ayam Brand meneruskan tradisi murni menganjurkan majlis berbuka puasa, kali ini bersama kanak-kanak dan penjaga dari Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak melalui inisiatif #AyamBersamaMu.

Majlis yang dijayakan dengan sokongan pertubuhan bukan kerajaan, Dignity for Children Foundation itu menghimpunkan seramai 55 orang kanak-kanak dan 12 penjaga untuk bersama-sama berkongsi rezeki, beramah mesra, serta menghayati nilai kasih sayang dan keprihatinan yang menjadi inti pati bulan Ramadan ini.

Sesi iftar diadakan secara ringkas dan santai bagi memupuk suasana kekeluargaan sambil mewujudkan suasana yang mesra serta selesa untuk kanak-kanak.

Keceriaan anak-anak yang hadir turut diserikan dengan pemberian duit raya serta sumbangan produk makanan daripada Ayam Brand bagi menyokong keperluan harian pusat jagaan tersebut.

Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, bagi syarikat, Ramadan adalah masa untuk berhenti sejenak dan berkongsi rezeki dengan mereka yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post