PETALING JAYA – Syarikat penyedia perkhidmatan umrah dan haji, Azzuha Group Travel & Tours (Az Zuha) telah meraih Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) edisi ke-8 menerusi kategori Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Pelancongan.
Majlis penganugerahan yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini itu adalah sebagai penghormatan kepada perniagaan yang menunjukkan ketahanan luar biasa dan kebolehsuaian dalam menghadapi cabaran dunia pasca-pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit, Abdul Malik Abdul Raman berkata, pengiktirafan itu sekali gus mengangkat nama Az Zuha sebagai peneraju dalam industri pelancongan Islam di Malaysia.
“Pengiktirafan ini adalah satu pencapaian yang amat besar buat kami di Az Zuha. Ia mencerminkan komitmen berterusan kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan operasi.
“Kami amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang terus mempercayai kami sepanjang 12…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: