Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Azman Hashim sambut ulang tahun ke-86, hiburkan 600 penonton

today20 July 2025

Background


KUALA LUMPUR – Pengerusi dan Penasihat Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim telah menghiburkan 600 penonton di Dewan Filharmonik Petronas sempena ulangtahunnya yang  ke-86 dan juga sambutan ulangtahun ke 50 Kumpulan perbankan tersebut.

Beliau yang juga satu-satunya pengasas bank yang masih ada di tanahair ini kelihatan sihat dan gembira menghiburkan penonton selama hampir tiga jam di dewan tersebut.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Md Nor Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Jamie Ling, ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AmBank, pelanggan-pelanggan dan rakan niaga utama AmBank, rakan Tan Sri Azman dan juga pihak media.

Diiringi Orkestra Simfoni Univeriti Malaya di bawah pimpinan Prof. Dr. Nasir Hashim, konsert bertemakan Azman Hashim in Concert 2025 itu menghiburkan penonton dengan 15 buah lagu kesukaan ramai seperti Cry Me A River, Tunggu Sekejap, At Last, Ibu, The Way We Were, Sway, My Way dan Getaran Jiwa.

Beliau turut  mengundang Juara, Naib…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Mereka sangat pantas – Izzuddin

Kuala Lumpur: Hasrat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mempertahankan gelaran Terbuka Jepun musnah selepas kecundang di tangan pasangan sensasi Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dalam aksi final.

today20 July 2025