Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
SPORT Sepanyol melaporkan bahawa Azpilicueta bakal menjadi pemain baharu Barcelona. Menjadikan beliau penandatanganan yang kelima pada musim panas ini selepas Franck Kessie, Christian Eriksen, Ousmane Dembele (ditandatangani semula), Raphinha dan juga Robert Lewandowski.
Beberapa minggu lalu, kapten Chelsea itu sudah menyatakan hasratnya kepada pemilik baharu Chelsea, di mana dia mahu meninggalkan kelab itu, selepas sedekad di Stamford Bridge.
Azpilicueta menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk memulakan fasa baharu dalam karier bola sepaknya di Sepanyol. Dia mahu menyahut cabaran bermain untuk Barça di bawah Xavi.
Azpilicueta pada masa yang sama melihat bahawa kelab sudah menemui pengganti terbaik untuknya iaitu Reece James yang kini menjadi pemain antarabangsa England.
Chelsea, pada mulanya keberatan untuk melepaskan pemain itu, akhirnya akan menerima tawaran kelab Barça…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: