Site icon Kool FM

Azzuha, Hotel Safwah di Mekah meterai kontrak RM20 juta


PETALING JAYA – Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd (Az Zuha) telah memeterai perjanjian bernilai RM20 juta dengan Hotel Safwah di Mekah bagi memperharui kontrak strategik bertujuan untuk memastikan para jemaah umrah dan haji bagi tahun 2025 menikmati keselesaan, kemudahan serta pengalaman premium sepanjang keberadaan mereka di Tanah Suci.

Ketua Pegawai Eksekutif Azzuha, Abdul Malik Abdul Raman berkata, ini juga adalah sebahagian daripada komitmen Azzuha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan akses kepada penginapan yang selesa, lokasi yang strategik dengan  kemudahan bertaraf antarabangsa. 

Hotel Safwah, yang terletak berhampiran Masjidil Haram, telah lama menjadi pilihan utama Azzuha kerana reputasinya dalam memberikan perkhidmatan unggul kepada para jemaah.

Menurut beliau, pembaharuan kontrak ini bukan sahaja mencerminkan kepercayaan  terhadap Hotel Safwah sebagai rakan strategik, tetapi juga usaha syarikat untuk memastikan pelanggan mendapat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version