Site icon Kool FM

Babak Terhantuk Tak Berlakon Walaupun Sakit -Sarimah Ibrahim

[VIDEO] Sarimah Ibrahim & Zamarul Hisham ‘Cover’ Babak Terhantuk, Netizen Puji – ‘Dua-Dua In Character, Nampak Real’


Tahap profesionalisme pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim dan Zamarul Hisham sekali lagi mencuri perhatian apabila satu babak lakonan dalam drama Bila Cinta Menjadi Dosa tular di media sosial.

Netizen puji lakonan Sarimah, Zamarul

Menerusi video yang dikongsi di Threads, memaparkan watak Eva lakonan Sarimah dilihat sedang bertelingkah dengan watak yang dibawakan oleh Zamarul.

Namun tanpa disangka, ketika melakonkan watak tersebut tiba-tiba kepala Sarimah secara tidak sengaja terhantuk pada rak kayu di belakangnya.

Apa yang mencuri perhatian ialah reaksi spontan Sarimah yang sempat ketawa dengan situasi tersebut, namun dalam masa sama tetap meneruskan lakonan.

Manakala Zamarul juga dilihat kekal profesional apabila terus berada dalam karakter tanpa menunjukkan reaksi terkejut, sekali gus menjadikan babak itu nampak lebih ‘real’ dan spontan.

Ya, ini bukan berlakon sis. Saya memang betul-betul terhantuk. Saya teruskan saja sebab memang ada ‘feel’ untuk babak tu, walaupun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version