Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Bekas pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar sah menjadi calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Artikel Berkaitan:
Perkara itu diumumkan pada majlis pengumuman calon PN Kedah di Kompleks Pas Kedah semalam.
Pengumuman itu sekaligus menjelaskan sebab sebenar pemain tengah berusia 35 tahun itu meninggalkan peranannya sebagai Ketua Pasukan dan tidak lagi bersama Sabah FC sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Di Gurun, Baddrol bakal berdepan calon Pakatan Harapan (PH) yang merupakan Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan juga anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Mohammed Firdaus Johari.
PN yakin kehadiran Baddrol bakal menarik sokongan pengundi untuk mengukuhkan kedudukan gabungan itu di Kedah PRN, 12 Ogos nanti.
PRN 2023: Haim Hilman, Baddrol Bakhtiar taruhan PN Kedah
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: