
Penyerang berbisa Selangor, Chrigor Moraes yang kini berada dalam prestasi terbaik mengakui bahawa ‘kebahagiaannya’ di luar padang memberikan kesan besar dalam ketajamannya.
Chrigor cemerlang meledakkan dua gol ketika membantu Selangor menundukkan Nam Dinh 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 di Kelana Jaya tempoh hari.
Dua gol tersebut menjadikan jumlah jaringan pemain berusia 25 tahun itu kepada 40 gol dalam 45 perlawanan semua pertandingan musim ini, musim pertamanya selepas menyertai Selangor pada Julai tahun lalu.
Rahsia Kecemerlangan Chrigor Moraes
“Apabila saya datang ke Selangor, sejak hari pertama sehingga sekarang saya rasa seperti rumah saya di sini. Saya ada keluarga di sini, isteri saya melahirkan anak di sini, jadi semua orang menyokong kami. Ini sangat penting untuk saya kerana saya sangat sayangkan keluarga saya.”
“Saya mahu dekat dengan keluarga dan di sini saya ada satu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: