Kisah Arif Muhammad, influencer media sosial Indonesia yang popular sebagai Mak Beti, menjadi tular setelah menceritakan pengalamannya jatuh sakit ketika menunaikan umrah.
Sebelum insiden jatuh sakit itu, Mak Beti sempat berkongsi video berunsur jenaka ketika tiba di hotelnya di Makkah.
Video tersebut memaparkan dirinya yang kononnya tidak pasti arah kiblat untuk menunaikan solat.
Dalam pada itu, dia turut menyuarakan rasa kurang senangnya terhadap penetapan arah kiblat di hotel penginapannya.
“Saya pun keliru. Beginikah hotelnya? Jadi kalau saya nak solat, dan saya sakit, ke arah mana saya perlu solat?
“Anak panah kiblat pun tak ada. Boleh lihat di mana kiblatnya? Di Indonesia, setiap hotel ada anak panah kiblat,” katanya sambil berseloroh dengan mencari tanda arah kiblat di dalam laci, almari dan meja.
Selang beberapa hari, dia berkongsi perkembangan terkininya menerusi hantaran. Dalam video lain, pempengaruh itu kelihatan lemah terbaring…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: