Waze sudah menjadi satu aplikasi penting di dalam kehidupan kita kerana menjadi panduan arah ke sesuatu ke lokasi. Namun, kita masih diingatkan untuk tidak terlalu bergantung dengannya kerana ada kala ia tidak tepat.
Menurut laporan Sinar Harian, seorang penunggang motosikal menghadapi detik cemas apabila sesat kira-kira enam jam dalam hutan di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah angkara menggunakan aplikasi Waze untuk pulang ke rumah abangnya di Sungai Petani.
Baca Juga:

Difahamkan lelaki berusia 32 tahun dikatakan bekerja di Pulau Pinang, namun baharu selesai beraya di rumah rakannya di Sungai Lalang.
Dia bagaimanapun bercadang mahu menumpang tidur di rumah abangnya di Sungai Petani dengan berpandukan aplikasi trafik Waze, namun tersesat sehingga masuk ke kawasan hutan kira-kira jam 1 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian setelah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: