
Kejayaan Chen Tang Jie–Toh Ee Wei menjuarai Indonesia Masters 2026 bukan sekadar mengangkat nama Malaysia di pentas badminton antarabangsa.
Malah, ia turut membawa satu mesej yang cukup besar tentang identiti dan jati diri negara.
Mereka berjaya menewaskan Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark di Istora Senayan pada aksi yang berlangsung selama 57 minit.
Selepas berakhirnya perlawanan tersebut, pasangan beregu campuran negara itu memilih untuk menjawab soalan temu bual dalam bahasa melayu, walaupun pengacara mengemukakan soalan dalam bahasa Inggeris.
Tindakan tersebut mencerminkan usaha memartabatkan bahasa melayu di peringkat antarabangsa, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mengangkat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, komunikasi dan kebanggaan nasional.
Lebih signifikan, kedua-dua atlet ini merupakan pemain berbangsa Cina sekali gus membuktikan bahawa bahasa melayu bukan sekadar bahasa rasmi di atas kertas, tetapi bahasa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: