Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bahaya ‘Over Workout’, Boleh Menyebabkan Kegagalan Buah Pinggang!

today19 September 2024

Background

Adakah anda salah seorang yang jarang bersenam, namun gemar mengikut trend terkini dan tidak mahu digelar FOMO (Fear Of Missing Out) iaitu sebuah perasaan cemas dan takut yang timbul dalam diri seseorang akibat ketinggalan sesuatu yang baru?

Anda perlu tahu, melakukan senaman yang berintensiti tinggi ataupun ekstrem secara bermusim mampu mengundang kesan yang tidak baik terhadap kesihatan seseorang.

Ini terbukti apabila baru-baru ini, seorang pempengaruh sosial media yang dikenali sebagai Sofea berkongsi pengalaman ngeri berhadapan dengan risiko kegagalan buah pinggang setelah menyertai kelas kayuhan.

Sofea yang pertama kali mengikuti kelas tersebut berasa sangat sakit pada bahagian kaki, tetapi menganggap ia adalah perkara normal.

Walaupun telah mendapatkan suntikan (pain reliever) daripada doktor, namun kakinya masih sakit.

Gadis berkenaan kemudiannya memuat naik hantaran di laman X tentang kesakitannya dan mendapat maklumbalas daripada seorang jurulatih kayuhan yang memintanya untuk mendapatkan pemeriksaan atas kerisauan mengalami rhabdomyolysis.

Setelah melakukan kajian tentang penyakit tersebut, Sofea berkata salah satu simptom yang dialami olehnya adalah warna air kencing yang gelap seakan-akan teh.

Bagaimanapun, beliau telah dinasihati oleh doktornya untuk membuat ujian air kencing dan mendapati tahap creatine kinase (CK) di dalam badannya mencecah 55,000 unit per liter (U/L).

Untuk pengetahuan anda, CK adalah sejenis enzim yang membantu otot menghasilkan tenaga dan boleh ditemukan pada jantung, otot rangka dan otak.

Tahap CK normal sepatutnya kurang daripada 300 U/L dan pesakit akan didiagnosis dengan rhabdomyolysis jika tahap ini meningkat sekurang-kurangnya lima kali ganda.

Apa itu rhabdomyolysis?

Rhabdomyolysis atau rhabdo ialah keadaan tisu pada otot yang rosak dan pecah menyebabkan protein dalam otot mengalir ke aliran darah, berpotensi menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Menurut Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Encik Faiz Akmal Abdul Ghani semua jenis senaman haruslah dilakukan secara berpada-pada.

“Bila sampai masa untuk otot berehat, ambil masa untuk berehat. Jangan terus lakukan senaman secara ekstrem.” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Encik Faiz Akmal turut mengingatkan pendengar supaya individu yang melakukan senaman perlu kerap meminum air kerana dehidrasi dan cuaca panas juga mendorong terjadinya rhabdo.

Apakah simptom rhabdomyolysis?

Selain daripada senaman yang keterlaluan, keadaan otot pecah boleh terjadi disebabkan oleh trauma atau kecederaan dan masalah kesihatan lain.

Simptom rhabdo kebiasaannya akan bermula pada hari kedua dan termasuk:

Apakah kesan rhabdomyolosis?

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman, rhabdo boleh menyebabkan komplikasi lebih buruk jika dibiarkan tanpa rawatan segera.

“Kira-kira 10 hingga 40% pesakit mengalami hiperkalemia (kadar kalium darah terlalu tinggi) dan jika dibiarkan, ia akan menyebabkan aritmia iaitu irama jantung tidak stabil dan boleh mengancam nyawa,” katanya.

Jelas Dr Arisman, pengurangan garam kalsium ke paras sangat rendah (hipokalsemia) juga boleh mencetuskan gangguan irama jantung, gangguan pengecutan otot dan seterusnya paling bahaya ialah mengakibatkan sawan.

Dr Arisman berkata, komplikasi kedua ialah sindrom kompartmen iaitu keadaan serius terjadi apabila terdapat banyak tekanan di dalam ruang otot.

“Bengkak yang menyebabkan peningkatan tekanan dalam kompartmen (kumpulan tisu otot, saluran darah, saraf di dalam lengan dan kaki yang dikelilingi membran sangat kuat yang dipanggil fasia) boleh berakhir dengan fasiotomi (pembedahan pada fasia iaitu tisu yang mengelilingi otot),” katanya.

Dr Arisman berkata, komplikasi terakhir ialah koagulasi intravaskular tersebar iaitu masalah pembekuan darah yang boleh menyebabkan kematian.

Apakah langkah pencegahan rhabdomyolosis?

Langkah pencegahan penting yang boleh dilakukan bagi mengelakkan rhabdo ialah minum air secukupnya sewaktu dan selepas bersenam.

Bagaimanapun, kata Dr Arisman, tidak digalakkan minum air secara berlebihan dalam satu masa.

“Buah pinggang normal bagi orang dewasa sihat hanya boleh mengeluarkan kira-kira 20 hingga 28 liter air kencing sehari, iaitu sekitar satu liter per jam,” katanya.

Bukan sahaja kelas mengayuh, namun sebarang sukan berintensiti tinggi berisiko menyebabkan rhabdo.

Oleh itu jika anda baru sahaja bersukan selepas lama tidak aktif, dapatkan pemeriksaan segera sekiranya mempunyai tanda-tanda di atas.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Azlan Shah umum persaraan

Kuala Lumpur: Pelumba negara yang layak dilabel sebagai antara paling berjaya dan pernah berentap di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia, Azlan Shah Kamaruzaman mengumumkan persaraannya daripada pentas perlumbaan dua roda.

today19 September 2024