Kebiasaanya jika kita dengar orang berdengkur sewaktu tidur, katanya disebabkan terlalu penat. Betul ke?
Tahukah anda, penyakit tidur berdengkur ini sebenarnya yang pertamanya adalah disebabkan genetik? Menerusi segmen Pagi On Point Bersama Haiza dan Muaz, Dr Man dari MD Klinik TTDI Group berkata, jika ada ibubapa yang berdengkur sewaktu tidur, anak-anak akan mudah berdengkur juga. Sekiranya tiada antara ibubapa atau keluarga yang berdengkur, ia adalah disebabkan faktor berat badan.
“Bila kita gemuk, tekak kita, daging kita bukan perut je buncit. Tekak pun gemuk, leher akan jadi pendek. Jadi saluran pernafasan kita jadi gemuk juga.”
Menurut Dr Man, dengkur berlaku apabila tisu lembut pada mulut dan tekak, bahagian hidung akan jadi kendur dan tutup saluran pernafasan semasa kita tidur. Apabila ia terjadi, saluran pernafasan akan jadi sempit dan akan vibrate.
Muaz mengajukan soalan pada Dr Man mengenai mengapa bunyi dengkur ini lain-lain. Kadang ada yang bunyi biasa dan ada yang bunyi tersekat-sekat seakan macam sesak nafas. Ada kalanya terhibur dengar pelbagai style dengkuran, tetapi jaga-jaga! Kalau bunyi luar biasa, bahaya!

“Sepatutnya bunyi dia konsisten, bergantung pada penutupan saluran pernafasan itu. Kalau dia tutup separuh, dia dengkur sahaja. Kalau dia tutup habis, maksudnya itu Obstructive Sleep Apnea ataupun dia tersumbat penuh.”
Sepatutnya bunyi dengkuran yang normal, kita dengar konsisten. Jika anda dengar pasangan anda berdengkur tetapi ia tidak konsisten dan risau apabila mereka tidak bernafas seperti biasa, pasangan anda mungkin mengalami Obstructive Sleep Apnea (OSA).
Apa itu Obstructive Sleep Apnea (OSA)?
Sleep Apnea adalah keadaan yang berlaku apabila seseorang itu kerap berhenti bernafas ketika tidur. Setiap episod pernafasan akan terhenti selama 10 saat atau lebih, dan ini boleh menyebabkan kematian mengejut semasa tidur! Berdasarkan artikel Harian Metro, mereka yang mengalami OSA iaitu ketika lidah terjatuh ke belakang lalu menutup ruang pernafasan menyebabkan kadar oksigen menurun dan karbon dioksida menaik.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, antara tanda-tanda berdengkur disebabkan Sleep Apnea adalah:
- Berdengkur dengan kuat
- Berhenti bernafas ketika tidur
- Mengantuk pada waktu pagi
- Tercungap-cungap ketika tidur
Bagi individu yang ada masalah dengkur, disyorkan untuk lakukan sleep test. Dengan cara ini, anda boleh tahu adakah dengkuran anda ketika tidur adalah normal atau sebenarnya membahayakan.
“Yang normal, jika satu jam dia tidur dengkuran hilang dalam 5 kali. Kalau apnea, 10 saat dia berhenti nafas. Ia bermakna, saluran nafas tersumbat dengan lidah dalam keadaan backflow.”
Dr Man juga kongsikan cara untuk mengurangkan tidur berdengkur adalah dengan tidur secara mengiring. Katanya, sekiranya kita tidur secara melentang, saluran pernafasan akan senang tersumbat.

“Dada naik tetapi angin tak masuk, jadi dalam masa 10 saat saja dah boleh meninggal.”
Adakah terdapat rawatan untuk mengurangkan masalah tidur berdengkur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA) ini?
Dr Man berkata, dengan sleep test, ia akan menentukan sama ada apa yang dihadapi individu itu Sleep Apnea ataupun tidak. Ada mild, moderate dan serious. Dalam satu jam, doktor akan ukur. Sekiranya bawah dari 5, ia normal.
- 5 – 15, mild.
- 15 – 29, moderate
- Lebih dari 30, serious
Bagi rawatan pula, ujar Dr Man ia bergantung pada penyebabnya. Jika ia disebabkan tonsil, kena buang tonsil. Jika ia disebabkan masalah badan gemuk, maka perlu kurangkan berat badan. Rokok serta alkohol juga boleh menyebabkan masalah dengkur makin teruk. Stres, kurang tidur, makan lewat, badan penat juga antara penyebab kita tidur berdengkur dan berhenti bernafas.

Semoga kita dapat cegah Sleep Apnea sebelum ia menjadi serius. Dengarkan perbualan penuh mengenai topik ini dalam Pagi On Point Bersama Haiza dan Muaz di KoolCast sekarang.