Terdapat pelbagai kaedah membaja dan meracun yang digunakan oleh para pekebun untuk memastikan tanaman mereka ‘lahir’ dengan lebat, berbuah dan cantik. Ini termasuklah baja yakult dan racun air tembakau yang dikongsikan oleh Puan Sasya Arisya.
Menurutnya, hasil gandingan baja yakult dan racun yang bercampurkan air tembakau, pencuci pinggan dan cuka kayu telah memberikan kesan yang baik pada tanaman pokok jambunya. Wah! Kalau begitu anda yang lain pun harus mencubanya.
Baca juga: Hanya Guna Tong Boleh Tanam Pokok Sayur Menjalar, Sesuai Kawasan Rumah Terhad!
POKOK JAMBU BERBUAH LEBAT GUNA BAJA & RACUN INI!

Baja yakult dan racun (air tembakau + pencuci pinggan + cuka kayu).
Berbuah lebat sangat kali ini. Sebelum ini, berbuah tapi tak selebat ini. Dan sebelum ini buah pernah jadi busuk berulat tak boleh makan langsung.
Dapat tips dari kawan-kawan group berkebun ini juga, katanya rajin-rajin sembur air tembakau dekat bunga yang nak berputik sebab serangga malam suka ke bunga….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: