Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bajet 2022 dijangka terbesar, bantu setiap anggota Keluarga Malaysia

today29 October 2021

Background


PETALING JAYA – Pembentangan Bajet 2022 petang ini dijangka melibatkan peruntukan terbesar, sekitar RM350 bilion yang memfokuskan kepada pembangunan semu­la ekonomi dan memberi manfaat kepada setiap anggota Keluarga Malaysia.

Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, bajet kali ini dijangka bersifat komprehensif dan kerajaan tidak akan mengehadkan sebarang perbelanjaan untuk membantu rakyat keluar daripada cabaran pandemik.

“Ia bakal menjadi bajet terbesar berdasarkan kemampuan kerajaan menambah hutang apabila had statutori hutang negara dinaikkan kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, manakala kenaikan harga minyak dan kelapa sawit meningkatkan keyakinan kerajaan untuk berbelanja.

“Saya berpendapat tiada golongan akan terpinggir dalam bajet kali ini dan kerajaan bakal meneruskan semua bantuan sebelum ini yang dirasakan masih perlu seperti Bantuan Prihatin Rakyat dan Program Subsidi Upah,” katanya ketika…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

Touch ‘n Go, Visa meterai kerjasama strategik

PETALING JAYA – Kumpulan Touch ‘n Go menerusi Touch ‘n Go eWallet telah memeterai kerjasama strategik dengan Visa untuk menyertai Program Laluan Pantas Teknologi Kewangan Visa, yang memberi akses bagi Touch ‘n Go kepada rangkaian rakan niaga dan sekutu global Visa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid berkata, program ini merupakan sebaha­gian daripada strategi Visa untuk membuka rangkaiannya dan memberikan sokongan kepada pelbagai peserta yang sedang […]

today29 October 2021