Site icon Kool FM

Bajet kurang RM1,000 untuk belanja hari raya tahun depan


PETALING JAYA – Pertembu­ngan persiapan untuk menyambut Aidilfitri dan juga pembukaan penggal persekolahan tahun 2024 telah memaksa masyarakat membuat perbelanjaan yang ketat dan bakal menyambut hari raya mengikut kemampuan ma­sing-masing berkonsepkan ‘apa yang ada’ sahaja.

Malah, ada juga yang memperuntukkan perbelanjaan di bawah RM1,000 untuk membeli keperluan hari raya tahun depan, demikian menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding penjenamaan dan penerbitan kandungan strategik korporat yang memberi tumpuan terhadap strategi penceritaan lestari, Modachi Sdn. Bhd. (Modachi).

Kaji selidik itu telah dilaksanakan secara online dan melibatkan hampir 400 responden di seluruh negara yang mana purata umur mereka adalah antara 25 hingga 50 tahun.

Pengurus Kandungan Strategik Modachi, Siti Mariam Elias berkata, berdasarkan kajian tersebut, lebih 51 peratus ­responden memaklumkan, bahawa mereka akan membuat persiapan membeli-belah lebih awal dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version