Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Bajet Tak Sampai RM150’ – Pasangan Ini Jadikan Tepung, Sardin Tin Sebagai Hantaran Kahwin

today4 March 2024

Background
Pasangan Ini Tak Kisah Tepung, Sardin Tin Jadi Hantaran Kahwin


Sepasang pengantin baharu mencuri perhatian warganet apabila menggunakan barangan keperluan sebagai hantaran kahwin mereka.

“Saya tidak anggap idea menyediakan hantaran perkahwinan berupa barangan keperluan asas ini ‘gila’, sebaliknya ia memudahkan dan sebagai simbolik kepada minat saya suka memasak,” kata Siti Masnida Abdul Malek.

Baca Juga:

Beliau dan suaminya, Mohd Yusri Md Yunus, disatukan pada 31 Disember lalu berbalas dulang hantaran berupa barangan dapur seperti cili, gula, garam, ikan sardin, minyak masak, bawang, halia, telur, rempah ratus dan pes perencah tomyam.

Memetik Harian Metro, pemilihan barangan itu merupakan idea Siti Masnida dan mendapat sokongan keluarga selain mengakui semua barangan disediakan dengan bajet di bawah RM100 bagi satu pihak.

Difahamkan pada mulanya suami mahu memberikan barangan hantaran seperti minyak wangi, beg tangan, jam dan kasut, namun ia bukan menjadi keutamaannya kerana dia sudah memiliki semua barangan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Haaland pemain hebat, luar biasa – Guardiola

Manchester: Pep Guardiola berkata tindak balas Erling Haaland terhadap kesilapan dilakukannya pada separuh masa pertama ketika Manchester City meraih kemenangan 3-1 ke atas Manchester United, awal pagi tadi menunjukkan kekuatan mental seorang bintang sukan yang hebat.

today4 March 2024