Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bakal Ada Sinar Baharu, Ini Status Terkini Isu Sekatan Import Udang Dan Siakap Thailand

today1 September 2026

Background
Bakal Ada Sinar Baharu, Ini Status Terkini Isu Sekatan Import Udang Dan Siakap Thailand


Isi rundingan antara Malaysia dan Thailand berhubung status sekatan import udang akuakultur dan ikan siakap kini semakin menghampiri titik muktamad.

Kedua-dua negara berada pada fasa akhir perbincangan selepas pelbagai proses penilaian teknikal dilaksanakan secara bersama.

Penilaian Lapangan Dan Semakan Maya

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan (DOF), Datuk Adnan Hussain menjelaskan bahawa proses penilaian teknikal kedua-dua negara telah pun selesai dengan lancar.

Langkah ini merangkumi semakan borang soal selidik bagi mengumpul maklumat lengkap mengenai status penternakan, situasi ladang, serta amalan akuakultur yang diamalkan.

“Pada awal Ogos lalu, kita sudah laksanakan pemeriksaan secara maya terhadap ladang dan kemudahan berkaitan industri akuakultur di Thailand membabitkan siakap dan udang.

“Secara umumnya, kedua-dua pihak berpuas hati dengan hasil pemeriksaan terhadap ladang ternakan masing-masing,” katanya ketika ditemui pada majlis…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post