Calpis Soda OIAM juga menyaksikan pembabitan dua figura nyanyian berpengalaman iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain sebagai juri tetap bersama-sama penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan.
Hanya mencari seorang ‘juara bertuah’ untuk lapan minggu pertarungan, pemenang utama Calpis Soda OIAM akan meraih hadiah berupa wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
Calpis Soda OIAM 2024 akan dihoskan oleh penyampai radio Haniff Hamzah dan pengacara, Fiza Frizzy.
Untuk rekod, tiga juara terdahulu ialah Suki Low, Ayu Damit dan Tomok, selain pernah disertai Yuna, Dayang Nufaizah, Faizal Tahir, Shila Amzah, Alif Satar dan ramai lagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: