Kool FM

‘Baki Akaun Tinggal 30 Sen, Terpaksa Makan Mi Segera Sampai Gastrik’ – Allan Andersn Imbas Jerih Perih Bergelar Penyanyi


Penyanyi kelahiran Indonesia, Allan Andersn mengenang kembali keperitan yang dilalui sepanjang membina nama dalam industri muzik.

Dua minggu makan Indomie

Ketika ditemui OhBulan!, Allan berkongsi pengalaman peribadinya berdepan masalah kewangan demi merealisasikan impiannya menghasilkan karya muzik.

Menurut pelantun lagu Rindu itu, dia pernah ‘berikat perut’ dan hanya menjamah mi segera selama dua minggu berturut-turut kerana wang simpanannya habis digunakan untuk kos produksi lagu.

Jujur cakap, struggle itu memang banyak. Makan Indomie sebab nak biayai produksi lagu? Itu pun saya pernah lalui. Sebab sebagai pemuzik independent, semua kena guna duit sendiri.

Saya ingat lagi waktu produksi lagu ‘Rindu’. Selepas saya bayar semua kos produksi, video muzik dan lain-lain, tahu tak baki duit dalam bank saya tinggal 1,600 Rupiah saja? Kalau dalam Ringgit, nilainya lebih kurang 30 sen.

Disebabkan itu, saya betul-betul makan Indomie hampir dua minggu. Satu hari tiga bungkus sampaikan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version